Januari 22, 2026 -Khamis

 
 
 

Rabu 06/08/2014

LAWATAN KERJA KHAS YB. MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE) KE TAPAK PENEROKAAN HUTAN SIMPAN DI KG. JANDA BAIK, BENTONG, PAHANG.

YB Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar akan menghadiri satu Lawatan Kerja Khas ke Tapak Penerokaan Hutan Simpan Di Kg. Janda Baik, Bentong, pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 7 Ogos 2014

Masa : 2.00 petang

Tempat : Tapak Penerokaan Hutan Simpan
Kg. Janda Baik, Bentong

Semua wakil media dipohon untuk berkumpul di Pusat Perolehan Biji Benih dan Bahan Tanaman Lentang, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Km 52, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, 28750 Bentong, Pahang. Lawatan ke tapak penerokaan Hutan Simpan akan diadakan selepas sesi taklimat tertutup.

Turut Hadir ialah YBhg. Dato' Sri Zoal Azha Yusof, Ketua Setiausaha NRE.

Sehubungan dengan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan kerja tersebut.

SUMBER: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)

UNTUK MAKLUMAN LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : En Karmegan
Tel : 019 2121379

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.