Januari 22, 2026 -Khamis

 
 
 

Khamis 07/08/2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN PENYERAHAN CEK SUMBANGAN BERNILAI RM20,000 KEPADA TABUNG BANTUAN PALESTIN, MERCY MALAYSIA

Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA), organisasi milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menjalankan perniagaan peruncitan kepada anggota tentera dan keluarga akan mengadakan satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidifitri dan Penyerahan Cek Sumbangan bernilai RM20,000 kepada Tabung Bantuan Palestin, MERCY Malaysia.

Cek Sumbangan akan diserahkan oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Haji Zainal (B), Pengerusi PERNAMA kepada wakil MERCY, Malaysia.

Majlis akan diadakan seperti berikut :

Hari/Tarikh : Sabtu 9 Ogos 2014

Masa : 10.00 pagi – 11.30 pagi

Tempat : Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA)
6, Solok Waja 1, Bukit Raja
41050, Klang, Selangor

PROGRAM:

10.00 pagi - Ketibaan Jemputan

10.30 pagi - Ketibaan Pengerusi PERNAMA

10.45 pagi - Ucapan oleh Datuk Ab Wahab Khalil,
Pengurus Besar PERNAMA

10.55 pagi - Penyerahan Cek Sumbangan kepada
MERCY, Malaysia oleh Y.Bhg Jen Tan Sri
Dato’ Sri Abdul Aziz Hj Zainal,
Pengerusi PERNAMA

11.00 pagi - Jamuan bermula

1.00 petang - Majlis tamat

Turut hadir, Pengurus Besar PERNAMA, Datuk Ab Wahab Khalil dan tetamu terdiri daripada kakitangan dan pebekal-pembekal PERNAMA.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis sidang media tersebut.

SUMBER: Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :
Nama : Shahrina Maisarah Jaffar
Tel : 03 3341 0572
Mobile: 019 666 4992
Email : shahrina@pernama.com
Website : www.pernama.com

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.