Januari 22, 2026 -Khamis

 
 
 

Khamis 07/08/2014

PROMOSI KRAF MALAYSIA PERINGKAT NEGERI KEDAH

Adalah dimaklumkan bahawa Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Promosi Kraf Malaysia Peringkat Negeri 2014 pada ketetapan seperti berikut:

PROMOSI KRAF MALAYSIA PERINGKAT NEGERI KEDAH

Hari/Tarikh : 28 Ogos – 3 September 2014

Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam

Tempat : Kulim Landmark Central, Kulim, Kedah

Penganjuran Promosi Kraf Malaysia Peringkat Negeri 2014 diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran dan informasi terkini kepada penghasilan industri kraf negara ke arah imej yang lebih moden dan bersifat kontemporari bagi memenuhi permintaan pasaran domestik dan antarabangsa. Selain itu juga, dengan adanya aktiviti promosi kraf sebegini secara tidak langsung memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha kraf memasarkan produk kraf dan seterusnya menggalakkan perkembangkan industri kraf ke tahap yang membanggakan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793
Faks: 03-2161 3773
www.kraftangan.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.