|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 08/08/2014
Kempen Kesihatan Awam Tahunan Ke-13 Universiti UCSI
Universiti UCSI akan mengadakan Kempen Kesihatan Awam Tahunannya yang ke-13 pada 9 dan 10 Ogos 2014 bertempat di Giant Hypermarket,Subang Jaya.
Majlis perasmian kempen ini akan disempurnakan oleh Dr Balachandran A/L Satiamurti, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dato’ Peter Ng, Pengasas dan Pengerusi UCSI Group dan Senior Professor Dato’ Dr Khalid Yusoff, Naib Canselor dan Presiden Universiti UCSI.
Dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Farmasi Universiti UCSI, kempen ini telah diadakan di serata negeri di seluruh Malaysia termasuk Selangor, Melaka, Johor, Pahang dan Perak. Tema kempen pada tahun ini adalah “Hargai Kesihatan Anda, Elakkan Diabetes”. Acara yang memberi fokus kepada komuniti, kempen ini akan menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma untuk orang ramai seperti ujian tekanan darah, ujian nisbah pinggang-pinggul dan ujian air kencing. Aktiviti-aktiviti lain yang juga akan dijalankan termasuk
Butiran majlis adalah seperti berikut:
Hari/Tarikh: Sabtu 9 Ogos 2014
Masa : 1:30pm – 3:30pm
Tempat : Giant Hypermarket, Subang Jaya
PROGRAM
1:30pm : Ketibaan Tetamu Kehormat dan VIP
2:00pm : Majlis Perasmian
2:20pm : Persembahan Video Kempen Kesihatan Awam
2:35pm : Ucapan Aluan Naib-Canselor dan Presiden Universiti UCSI
Senior Professor Dato’ Dr Khalid Yusoff
2:45pm : Ucapan oleh Tetamu Kehormat, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor
Dr Balanchandran A/L Satiamurti
2:55pm : Pelancaran Rasmi Kempen Kesihatan Awam Tahunan Universiti UCSI
3:15pm : Lawatan Tapak untuk Tetamu Kehormat VIP
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: UCSI University
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
UCSI Group
Hubungan Korporat
Tel : (03) 9101 8880
Nama: Muzira Abdul Rahman
Eksekutif
H/P : 013 277 7577
Samb: 3713
Emel: muzira@ucsigroup.com.my
Nama: Marina Tan
Eksekutif Kanan
H/P : 012 678 1902
Samb: 3712
Emel: marinatan@ucsigroup.com.my
Nama :Tan Shu Ying
Penulis
H/P : 017 238 9647
Samb: 3713
Emel: tansy@ucsigroup.com.my
-BERNAMA
Mengenai Universiti UCSI
Terbina bersulamkan kecemerlangan, keberanian, ketabahan dan integriti, Universiti UCSI – sebuah universiti Praxis ® - adalah sebuah institusi pengajian tinggi dengan kampus utama yang terletak di Kuala Lumpur dan mempunyai cawangan strategik di Pantai Timur, Terengganu Darul Iman dan Sarawak Bumi Kenyalang, negeri terbesar di Malaysia. Sebagai institusi utama kumpulan konglomerat UCSI, Universiti UCSI yang mula bertapak pada tahun 1986 kini mempunyai 7 fakulti, dua institut bebas dan sebuah pusat pendidikan Pra-Universiti dengan lebih 70 program dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, farmasi, seni bina, sains komputer, seni budaya dan muzik. Mempunyai lebih 11,000 pelajar daripada lebih 80 negara antarabangsa pelbagai budaya, Universiti UCSI sangat komited dalam melahirkan graduan-graduan yang berkemahiran tinggi untuk berjaya di dalam kehidupan dan mempunyai keperibadian yang tinggi, bertanggungjawab, berkepimpinan dan berdisiplin. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Universiti UCSI di http://www.ucsiuniversity.edu.my.
|
|
|
|
|
|