Januari 22, 2026 -Khamis

 
 
 

Jumaat 08/08/2014

MAJLIS PELANCARAN DURIAN RUNTUH! GANJARAN SETIA TUNAI (GST) 2

Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA), organisasi milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menjalankan perniagaan peruncitan kepada anggota tentera dan keluarga akan mengadakan Majlis Pelancaran Durian Runtuh! Ganjaran Setia Tunai (GST) 2.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Haji Zainal (B)dan disaksikan oleh, Mejar Jeneral Dato’ Mohd Shukuri Bin Ahmad, Panglima 2 Divisyen pada ketetapan seperti berikut :

Hari/Tarikh : Isnin 11 Ogos 2014

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Lamaniaga PERNAMA
Kem Lapangan Terbang
Sungai Petani, Kedah

PROGRAM:

10.30 pagi : Ketibaan Media dan Jemputan

10.50 pagi : Ketibaan Pegawai-Pegawai Kanan ATM

11.00 pagi : Ketibaan Pengerusi PERNAMA,
Y.Bhg Jen Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Hj Zainal (B)
Diiringi Panglima-Panglima

11.05 pagi : Bacaan Doa

11.10 pagi : Ucapan oleh Y.Bhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz bin Hj Zainal (B)
Pengerusi PERNAMA

11.20 pagi : Ucapan oleh Y.Bhg Mej Jen Dato’ Mohd Shukuri bin Ahmad
Panglima 2 Divisyen

11.30 pagi : Pelancaran Kempen GST 2
Penyampaian Hadiah kepada pemenang GST 1
(1 x basikal, 1 x baucar PERNAMA)

11.40 pagi : Jamuan Aidilfitri

12.15 ptg : Penyerahan Duit Raya kepada kanak-kanak
Penyerahan Cenderahati kepada Panglima-Panglima

12.30 tgh hari : Majlis dijangka selesai

Turut hadir, Panglima 6 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Zakaria Bin Yadi, Panglima 30 Briged Sempadan, Jeneral Hasagaya Bin Abdullah, Brigadier Jeneral Ab Aziz Haji Abdullah, Pengurus Besar PERNAMA, Datuk Ab Wahab Khalil dan tetamu terdiri daripada wakil-wakil dari PERNAMA, dan pegawai-pegawai serta anggota dari Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis sidang media tersebut.

SUMBER: Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :
Nama : Shahrina Maisarah Jaffar
Tel : 03 3341 0572
Mobile: 019 666 4992
Email: shahrina@pernama.com
Website: www.pernama.com

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.