|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 11/08/2014
Sidang Media Khas Sempena Majlis Penyerahan Laporan Tahunan SPRM 2013
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menjemput pihak media menghadiri Sidang Media Khas sempena Majlis Penyerahan Laporan Tahunan SPRM 2013 di Pejabat Yang Di Pertua Dewan Negara, YBhg. Tan Sri Abu Zahar Ujang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah(JKMR).
Majlis Penyerahan Laporan Tahunan SPRM 2013 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 12 Ogos 2014
Masa : 10.00 pagi-12.30 tengahari
Tempat : Pejabat Yang DiPertua Dewan Negara,Parlimen Malaysia
Untuk makluman, di antara fungsi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah(JKMR) adalah menasihati Perdana Menteri mengenai apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia, memeriksa laporan tahunan suruhanjaya serta mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai laporan tahunan suruhanjaya dan ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed akan menghadiri majlis penyerahan Laporan Tahunan SPRM 2013 tersebut.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
UNTUK MAKLUMAN LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Strategik,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
Tel : 03-8886 7659
Faks : 03-8888 9528
Emel : bks@sprm.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|