|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 15/08/2014
SPRM: FORUM ANTI RASUAH SPR IPMa
Adalah dimaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Sekretariat Pencegahan Rasuah Institusi Pendidikan MARA (SPR IPMa) akan menganjurkan Majlis Perasmian bagi Kem Pengukuhan Integriti & Forum Anti Rasuah seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Sabtu 16 Ogos 2014
Masa : 2.00 petang
Tempat : Pusat Kepimpinan Pelajar (PUSKEP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong, Changkat
Berangan 33400 Lenggong, Perak
PROGRAM:
1.45 petang - Ketibaan peserta
2.00 petang - Ketibaan Tetamu Jemputan dan VVIP
2.10 petang - Bacaan Doa
- Ucapan Aluan Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) MARA
- Ucapan Perasmian Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan)
SPRM
2.45 petang - Sesi Forum "Pelajar dan Rasuah: Tingkatkan Integriti Hindari Rasuah"
Panel :
i) Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan)
Datuk Hj. Mustafar bin Ali
ii) Timbalan Ketua Pengarah Usahawan MARA
Puan Salmah Hayati bte Mohd Ghazali
iii) Ketua Cawangan Sektor Awam,
Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM Putrajaya.
P/PkPj Jamaluddin bin Hj Bakar
4.30 petang - Sesi Forum selesai
- Jamuan Ringan
Untuk makluman satu forum bertajuk “Pelajar dan Rasuah: Tingkatkan Integriti Hindari Rasuah" yang turut menampilkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Mustafar Ali dan Timbalan Ketua Pengarah Usahawan MARA, Puan Salmah Hayati Mohd Ghazali sebagai panel bagi membincangkan isu berkaitan integriti dan rasuah.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Puan Maizatul
MOBILE : 019 6996907
NAMA : Cik Nurlaila
MOBILE : 0196996902
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|