Januari 21, 2026 -Rabu

 
 
 

Isnin 18/08/2014

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA SEMPENA PERASMIAN SEMINAR KONSULTASI EKONOMI DAN PENGURUSAN TEKNOLOGI PERTANIAN 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan menganjurkan Seminar Konsultasi Ekonomi Dan Pengurusan Teknologi Pertanian 2014 dengan tema ”Transformasi Pertanian Kearah Jaminan Makanan, Kelestarian dan Daya Saing”.

Majlis perasmian seminar ini akan disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri B. Yaakob, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani. Sehubungan itu, wakil media pihak tuan adalah dengan segala hormatnya dijemput untuk membuat liputan media ke majlis perasmian tersebut yang akan diadakan seperti berikut:-

Hari/Tarikh : Selasa 19 Ogos 2014

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Nilai Spring Resort Hotel, Nilai
Negeri Sembilan

Bersempena dengan majlis perasmian seminar ini juga, YB Menteri Pertanian & Industri Asas Tani akan merasmikan Program Agropreneur Muda MARDI dan pelancaran produk Pembiayaan Perdagangan (Trade Finance) oleh Agrobank.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan majlis ini.

SUMBER: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
Tel : 03-8870 1373/03-8870 1431

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.