Januari 21, 2026 -Rabu

 
 
 

Isnin 18/08/2014

SEMINAR PENDIDIKAN ANAK-ANAK ISTIMEWA DALAM ISLAM

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Seminar Pendidikan Anak-anak Istimewa Dalam Islam pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Rabu-Khamis 20-21 Ogos 2014

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Besar IKIM
2, Langgak Tunku Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur

YBhg. Datuk Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menyampaikan ucapan aluan jam 9.05 pagi pada 20 Ogos 2014 (Rabu). Manakala YAB. Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menyampaikan ucapan perasmian, jam 9.20 pagi.


11 Kertas kerja yang akan dibentangkan iaitu:

20 OGOS 2014

SESI 1
KELAINAN UPAYA MENURUT SYARIAT DAN SAINS

Moderator : Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran
Felo Kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, IKIM

Kertas 1
10.00 pg : Adakah Orang Kelainan Upaya (OKU) Mempunyai Taklif? Satu Penjelasan
Pembentang : YBhg. Prof. Dato' Dr. Zulkifli Yusoff
Pengarah, Centre of Quranic Research, Universiti Malaya

Kertas 2
10.40 pg : Hak dan Tanggungjawab Ibubapa Dalam Memberi Pendidikan Al-Quran Kepada Anak-anak Kelainan Upaya
Pembentang : YBhg. Dato' Wan Muhamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz
Ahli Lembaga Pengarah IKIM

Kertas 3
11.20 pg : Kelemahan Intelek Dalam Kelainan Upaya
Pembentang : YBhg. Prof. Madya Hajjah Normah binti Che Din
Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,
Universiti Kebangsaan Malaysia

12.00 t/hari : Sesi Perbincangan

SESI 2
LATIHAN DAN PENDIDIKAN AL-QURAN DALAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KHAS

Moderator : Tuan Haji Mohamed Izam Mohamed Yusof
Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Selangor

Kertas 4
2.30 ptg : Model Pendekatan Pendidikan dan Terapi Berkonsepkan Al-Quran Untuk Anak Istimewa
Pembentang : Prof. Madya Dr. Adnan Mohd Yusoff
Dekan, Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah,
Universiti Sains Islam Malaysia

Kertas 5
3.10 ptg : Keperluan Pendidikan Khas Pendidikan Islam Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pembentang : Tuan Haji Parawes Abdullah
Ketua Sektor Pembestarian ICT dan Instruktional,
Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

3.45 ptg : Sesi Perbincangan


21 OGOS 2014

SESI 3 EPIDEMIOLOGI OKU NEUROPSIKIATRI
Moderator : En. Muhammad Hisyam bin Mohamad
Felo, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, IKIM

Kertas 6
9.00 pg : Polisi dan Isu Kesihatan Awam Berkaitan Individu Autism
Pembentang : Dr. Nurashikin Ibrahim
Pakar Kesihatan Awam, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyakit Tidak Berjangkit,
Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya

Kertas 7
9.40 pg : Isu-isu Kesihatan Mental Individu Autism
Pembentang : En. Khairul Azhar bin Idris
Felo, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, IKIM

10.20 pg : Sesi Perbincangan

SESI 4 PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN FASILITI PENDIDIKAN OKU FIZIKAL
Moderator : En. Mohamad Azhar bin Hashim
Felo, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, IKIM

Kertas 8
11.30 pg : Pelan Induk Program Pembangunan Warga Pendidik Khas OKU Fizikal
Pembentang : YBhg. Dato‘ Haji Mohd Ghazali bin Ab Rahman
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya

Kertas 9
12.10 t/hari : Menjana Modal Insan OKU – Harapan dan Peluang
Pembentang : En. Muhamad Ridzuan Arshad
Pengarah Bahagian Perancangan Wilayah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

12.50 t/hari : Sesi Perbincangan

SESI 5 MASA DEPAN DAN HALA TUJU DALAM PENDIDIKAN KHAS
Moderator : YBhg. Prof. Datin Dr. Azizan binti Baharuddin
Timbalan Ketua Pengarah IKIM

Kertas 10
2.30 ptg : Rancangan Pendidikan Individu (IEP): Matlamat dan Harapan Realistik
Pembentang : Dr. Hasnah Toran
Ketua Penyelidik, Makmal Autisme
Universiti Kebangsaan Malaysia

Kertas 11
3.10 ptg : Program Pendidikan Khas Integrasi Dalam Pembangunan Kanak-kanak Autism dan Masalah Pembelajaran
Pembentang : Tuan Haji Wan Mohd Noor bin Wan Endut
Timbalan Pengarah, Cawangan Program Pendidikan Khas
Kementerian Palajaran Malaysia


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan seminar tersebut.

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Sapuah bt. Hj. Nawawi
Tel : 03 – 6204 6329/ 6331/ 012-3094427

Nama : Puan Suzanahwati binti Sanil
Penolong Pegawai Perhubungan Awam
Tel : 03-6204 6326/ 013-2288992

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.