Januari 21, 2026 -Rabu

 
 
 

Selasa 19/08/2014

Pelancaran Pra-Acara Dan Sidang Akhbar Pameran Burung Asia (ABF 2014)

– Terbang Tinggi Gaya Pulau!

Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dengan sokongan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Tourism Malaysia ingin menjemput anda untuk sidang akhbar pra-acara kami untuk acara akan datang kami yang amat dinanti-nantikan di Langkawi, Pameran Burung Asia ke-5 2014, Terbang Tinggi Gaya Pulau!

Sidang akhbar ini bertujuan untuk memberi butiran lanjut dan maklumat mengenai acara ini yang dijadualkan pada 28 November - 1 Disember 2014. Bertemakan Terbang Tinggi Gaya Pulau, acara ini memberi tumpuan kepada meraikan warisan semula jadi Langkawi, termasuk burung-burungnya, hidupan liar dan habitat. Digelar sebagai Pulau Enggang Dunia, landskap unik dan ekologi Langkawi akan dipamerkan pada Pameran Burung Asia ke-5 melalui aktiviti-aktiviti menyeronokkan yang diilhamkan dari alam semulajadi, lawatan dan ceramah di sekitar sebuah pulau tropika subur yang menjadi semula jadi Langkawi.

Butiran Sidang Akhbar:

Hari/Tarikh : Isnin 25 Ogos 2014

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Tingkat 9, Wisma Bernama
28 Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

PROGRAM:

11.00 pagi - Ketibaan tetamu jemputan dan media


11.15 pagi - Ketibaan VIP

11.30 pagi - Ketibaan YBhg Tan Sri Khalid Ramli
Ketua Pegawai Eksekutif LADA

- Ucapan alu-aluan oleh
YBhg Tan Sri Khalid Ramli
Ketua Pegawai Eksekutif LADA

- Taklimat ABF 2014 oleh
Andrew Sebastian
Ketua Komunikasi MNS

- Pelancaran pra-acara ABF 2014 oleh
YBhg Tan Sri Khalid Ramli
Ketua Pegawai Eksekutif LADA

- Sidang Akhbar

- Sesi soal jawab

12.30 tengah hari - Makan Tengah Hari

Pameran Burung Asia (ABF) adalah acara tahunan yang diasaskan oleh 6 organisasi dari Taiwan, Filipina, Thailand dan Malaysia dengan tujuan untuk menonjolkan dan mempamerkan pameran burung-burung yang berbeza di seluruh Asia, untuk menggalakkan perlindungan burung dan habitat mereka, menggalakkan aktiviti memerhati burung dan aktiviti ekopelancongan lain.

Enam organisasi pengasas bergilir-gilir menjadi tuan rumah ABF bermula dengan Kelab Burung Liar Filipina (Davao, 2010), Persekutuan Burung Liar China (Tainan, 2011), Persatuan Pemuliharaan Burung Thailand (Bangpoo, 2012) dan Persatuan Burung Liar Taipei (Taipei, 2013). Pada tahun ini, Pameran Burung Asia ke-5 akan diadakan di Malaysia buat kali pertama!

Anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan sidang akhbar itu.

Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan anda dalam usaha kami untuk melibatkan diri orang ramai bagi membantu memulihara dan melindungi warisan semula jadi Malaysia.

SUMBER: Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)

UNTUK BUTIRAN LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Suzi Zahari
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam
TEL : 03-2287 1176 (pejabat)

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.