Januari 21, 2026 -Rabu

 
 
 

Rabu 20/08/2014

KARNIVAL REKA CIPTA DAN INOVASI MATEMATIK 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Matematik (FSMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Panitia Matematik SK (P) Methodist, Ipoh akan mengadakan Program Kem/Karnival Reka Cipta dan Inovasi Matematik 2014.

Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 24 Ogos 2014

Tempat : Atrium, Bangunan Canselori
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI
Perak

Masa : 8.30 pagi – 1.00 tengah hari


Pengenalan :

Kem Rekacipta dan Inovasi Matematik merupakan satu aktiviti luar yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap matapelajaran matematik dan memantapkan pedagogi guru terhadap pengajaran matematik. Aktiviti ini dapat mendedahkan murid kepada situasi sebenar dan berfikir secara kreatif dan kritis serta dapat mendidik murid agar lebih berkeyakinan, percaya pada diri sendiri dan sedar kemampuan diri.


TENTATIF PROGRAM:

8.30-10.30 pagi - Karnival Rekacipta dan Inovasi Matematik

- Persembahan murid

- Pengadilan hakim

10.30-11.00 pagi - Minum pagi

11.00-11.30 pagi - Murid berkumpul untuk Perasmian Majlis Penutup

11.30-12.30 tgh hari - Majlis Penutup

12.30-1.00 petang - Lawatan tetamu jemputan ke Karnival Reka Cipta dan Inovasi Matematik

1.00-1.30 petang - Jamuan Makan Tengah Hari

1.30-2.00 petang - Berkemas dan bertolak pulang


Syarat-syarat Pertandingan Reka Cipta Dan Inovasi Matematik

1) Kategori sekolah rendah

2) Satu penyertaan bagi setiap sekolah

3) Berkumpulan (1 guru + 4 murid)

4) Ciri- ciri Reka Cipta dan Inovasi termasuk

a) Penciptaan proses, teknik atau produk

matematik baru

b) Penambahbaikan proses, teknik atau produk

matematik yang sedia ada

c) Bentuk 3D atau multimedia

Anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan majlis itu.

SUMBER: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Penyelaras Program
NAMA : Puan Ruz Zarina bte Jenal

MOBILE : 012-402 4601

TEL : 05-254 5453 (pejabat)

FAKS : 05-243 3700

SK Perempuan Methodist, Ipoh

Sekolah Kluster Kecemerlangan, Fasa 7

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.