Januari 21, 2026 -Rabu

 
 
 

Jumaat 22/08/2014

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-57 PERINGKAT PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM)

Adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menganjurkan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 Peringkat PNM yang akan disempurnakan oleh YBhg Cik Nafisah Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah PNM pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 25 Ogos 2014

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Perkarangan Anjung Bestari
Perpustakaan Negara Malaysia,
Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur



PROGRAM

Ceramah Kemerdekaan (Auditorium, Perpustakaan Negara Malaysia)

7.30 pagi : Makan Pagi (Taman Ilmu)

8.00 pagi : Ketibaan para jemputan

: Pendaftaran Warga PNM, Kakitangan Perpustakaan Gunasama, dan Penyelia Perpustakaan Desa

9.00 pagi : Ceramah Kemerdekaan: ‘Disini Lahirnya Sebuah Cinta’



Majlis Pelancaran (Perkarangan Anjung Bestari, PNM)

10.15 pagi : Ketibaan YBrs Cik Nafisah Ahmad,
Timbalan Ketua Pengarah
Perpustakaan Negara Malaysia

: Nyanyian Lagu Negaraku

: Persembahan Pancaragam Sekolah

: Bacaan Doa

: Ucapan Pelancaran oleh YBrs Cik Nafisah Ahmad,
Timbalan Ketua Pengarah
Perpustakaan Negara Malaysia

: Nyanyian Lagu Patriotik oleh Kumpulan Koir PNM

: Penyerahan Jalur Gemilang dan risalah pelancongan kepada Persatuan Pengusaha Teksi, Kereta Sewa Wilayah Persekutuan dan Selangor (PERPEKLI) oleh YBrs Cik Nafisah Ahmad

11.30 pagi : Jamuan Makan Tengah Hari

12.00 t/hari : Bersurai

Program yang turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan dan Selangor (PERPEKLI) ini akan melibatkan perarakan 10 buah teksi berhias Jalur Gemilang yang akan membawa bahan maklumat/risalah pelancongan sebagai tanda sokongan kepada Tahun Melawat Malaysia 2014 dan pembudayaan amalan membaca.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER: Perpustakaan Negara Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Rodziah Che Omar
Tel: 03-2687 1803/019-2555251
Emel: rodziah_c@pnm.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.