Januari 21, 2026 -Rabu

 
 
 

Rabu 27/08/2014

KRAFTANGAN MALAYSIA: MAJLIS PELANCARAN JENAMA ‘PREKA’

Adalah dimaklumkan bahawa Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Majlis Pelancaran Jenama ‘Preka’.

Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 28 Ogos 2014

Masa : 11.45 pagi

Tempat : Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

Majlis Pelancaran ini akan dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Sohaimi Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia.

Preka merupakan singkatan perkataan Pereka, iaitu pereka-pereka Kraftangan Malaysia yang bertangunggjawab dalam menghasilkan rekaan-rekaan baru produk kraf tempatan dengan kerjasama pengusaha-pengusaha kraf tempatan dari pelbagai bidang kraf (kayu, anyaman, tenunan, logam, seramik dan aneka kraf).

Preka bukan sekadar pada jenama sahaja, malah produk yang dihasilkan melalui jenama ini boleh diperolehi di rangkaian kedai/outlet Preka yang terdapat di beberapa tempat mengikut segmen produk seperti hadiah & cenderamata pelancong/korporat, pakaian dan aksesori, seramik dan hiasan dalaman.

Sehubungan itu anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan majlis tersebut.


SUMBER: Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Urus Setia Buletin Kraf
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel : 03-2161 3793
Faks : 03-2161 3773
www.kraftangan.gov.my

-BERNAMA









Sehubungan itu anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan program tersebut.

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.