|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 28/08/2014
Majlis Penyampaian Anugerah Pertandingan Melukis MySENI 2014 Anjuran Institut Seni Reka Kreatif Universiti UCSI (ICAD)
Institut Seni Reka Kreatif Universiti UCSI atau De Institute of Creative Arts & Design (ICAD) akan mengadakan majlis penyampaian anugerah kepada para pemenang pertandingan melukis mySENI 2014 yang telah dianjurkan baru-baru ini pada 30 Ogos 2014 (Sabtu) bertempat di KL City Gallery.
Majlis penyampaian hadiah ini akan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Ahmad Phesal bin Hj. Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan dihadiri oleh Profesor Dato’ Dr Ahmad Zainuddin, pengarah Institut Seni Reka Kreatif Universiti UCSI (ICAD) yang juga Pengerusi Majlis Rekabentuk Malaysia dan Dato’ Peter Ng, pengasas dan pengerusi UCSI Group.
Para pemenang pertandingan ini akan membawa pulang dermasiswa ICAD bernilai RM5,000 dengan hadiah wang tunai beserta sijil. Hadiah istimewa juga akan diberikan kepada guru seni para pemenang.
Para peserta pertandingan ini juga berpeluang untuk menjadi antara yang terawal untuk memohon 10 biasiswa yang ditawarkan oleh ICAD bernilai sehingga RM400,000 untuk program-program pengajian seperti Sarjana Muda Seni Kreatif (Kepujian) Reka Bentuk Animasi 3D, Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Reka Bentuk Fesyen dan Pemasaran, Diploma Reka Bentuk Animasi 3D, Diploma Reka Bentuk Fesyen dan Diploma Reka Bentuk Grafik.
Pertandingan melukis mySENI 2014 anjuran ICAD ini adalah terbuka kepada para pelajar pelajar sekolah menengah berumur 14 hingga 18 tahun. Dengan tema ‘Lanskap Malaysia’, pertandingan ini diadakan dengan objektif untuk mengenal pasti, mengiktiraf dan memberi galakan kepada bakat-bakat muda Malaysia dalam seni visual. Lukisan-lukisan yang dihantar akan dipamerkan di KL City Gallery dari 30 Ogos hingga 30 September 2014.
Majlis anugerah ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Sabtu 30 Ogos 2014
Masa: 11:00 Pagi
Tempat: Kuala Lumpur City Gallery, No. 27, Jalan Raja, Dataran Merdeka, 50050 Kuala Lumpur.
Program
10.30am – 11.00am : Pendaftaran & Ketibaan Tetamu
11.00am – 11.30am : Ketibaan Tetamu Kehormat
YBhg. Datuk Seri Hj. Ahmad Phesal bin Hj. Talib
Datuk Bandar Kuala Lumpur dan lain-lain VIP
11.30am – 11.40am : Ucapan Pembukaan
Pengerusi Majlis
11.40am – 11.50am : Ucapan Aluan
Profesor Dato’ Dr Ahmad Zainuddin
Pengarah
Institut Seni Reka Kreatif Universiti UCSI (ICAD)
11.50am – 12 Tengahari : Ucapan Perasmian
YBhg. Datuk Seri Hj. Ahmad Phesal bin Hj. Talib
Datuk Bandar Kuala Lumpur
Penyerahan Cenderahati kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur
12 – 12.30 Tengahari : Majlis Penyampaian Anugerah kepada para pemenang
Hadiah Saguhati
Tempat Ketiga
Tempat Kedua
Juara
12.30 – 12.40 Tengahari : Sesi bergambar
Jamuan
Preview Pameran
Sidang Media
12.50 Tengahari : Tamat
PETA LOKASI

Mengenai Universiti UCSI
Terbina bersulamkan kecemerlangan, keberanian, ketabahan dan integriti, Universiti UCSI adalah sebuah institusi pengajian tinggi dengan kampus utama yang terletak di Kuala Lumpur dan mempunyai cawangan strategik di Pantai Timur, Terengganu Darul Iman dan Sarawak Bumi Kenyalang, negeri terbesar di Malaysia. Ia juga adalah sebuah Universiti Praxis ® yang menggalakkan penggunaan ilmu pengetahuan Sebagai institusi utama kumpulan konglomerat UCSI, Universiti UCSI yang mula bertapak pada tahun 1986 kini mempunyai tujuh fakulti, dua institut bebas dan sebuah pusat pendidikan Pra-Universiti dengan 100 program dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, farmasi, seni bina, sains komputer, seni budaya dan muzik. Mempunyai lebih 11,000 pelajar daripada lebih 80 negara antarabangsa pelbagai budaya, Universiti UCSI sangat komited dalam melahirkan graduan-graduan yang berkemahiran tinggi untuk berjaya di dalam kehidupan dan mempunyai keperibadian yang tinggi, bertanggungjawab, berkepimpinan dan berdisiplin. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Universiti UCSI di http://www.ucsiuniversity.edu.my.
Sehubungan itu anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: UCSI University
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
UCSI Group
Corporate Affairs
Tel: 03-9101 8880
ATAU
Nama: Muzira Abdul Rahman
Senior Exec
Mobil: 013-277 7577
Ext: 3713
Emel: muzira@ucsigroup.com.my
ATAU
Nama: Marina Tan
Senior Exec
Mobil: 012-678 1902
Ext: 3712
Emel: marinatan@ucsigroup.com.my
ATAU
Nama: Tan Shu Ying
Writer
Mobil: 017-238 9647
Ext: 3737
Emel: tansy@ucsigroup.com.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|