Januari 21, 2026 -Rabu

 
 
 

Jumaat 29/08/2014

JEMPUTAN MEDIA KE PROGRAM ”FUN READING WITH GOLD” (GENERATING OPPORTUNITIES FOR LEARNING DISABLES)

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Maybank akan mengadakan program ”Fun Reading With GOLD” (Generating Opportunities For Learning Disables) pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 6 September 2014

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Teater Kanak-Kanak
Perpustakaan Negara Malaysia
232, Jalan Tun Razak
50572 Kuala Lumpur


Program:

9.30 pagi : Ketibaan Peserta

: Sarapan pagi

10.00 pagi : Ketibaan Timbalan Ketua Pengarah
Perpustakaan Negara Malaysia

: Bacaan Doa

: Ucapan Alu-aluan oleh Timbalan Ketua Pengarah
Perpustakaan Negara Malaysia

10.00 pagi – 12.30 t/hari : Pameran dan Demostrasi Produk GOLD

10.15 pagi : Pertunjukan Silap Mata

10.45 pagi : Sesi Bercerita

11.30 pagi : Sesi Melukis, mencanting batik serta aktiviti Ikat dan Celup

12.30 t/hari : Lawatan ke Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu 2014 dan Perpustakaan Bestari Samsung

1.00 petang : Jamuan tengah hari

: Bersurai


Program yang akan disempurnakan oleh Cik Nafisah Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah, Perpustakaan Negara Malaysia bertujuan untuk menggalakkan amalan membaca dalam kalangan golongan Orang Kelainan Upaya (Autisme) menerusi aktiviti pembacaan yang menyeronokkan. Pelbagai aktiviti diatur sepanjang program ini antaranya pameran ” The Creative Side of GOLD”, sesi bercerita dan aktiviti kreatif.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Rodziah Che Omar
Tel: 03-2687 1803/019-2555251
Emel: rodziah_c@pnm.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.