Januari 21, 2026 -Rabu

 
 
 

Jumaat 29/08/2014

JEMPUTAN MEDIA KE MAJLIS PELANCARAN NOVEL “WIRA YANG TIDAK DIDENDANG/THE UNSUNG HERO”

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan mengadakan Majlis Pelancaran Novel ”Wira Yang Tidak Didendang/The Unsung Hero” karya novelis Melur Jelita pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 6 September 2014

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Auditorium Aras 2, Anjung Bestari
Perpustakaan Negara Malaysia
232, Jalan Tun Razak
50572 Kuala Lumpur


Program:

9.30 pagi : Ketibaan tetamu jemputan

10.00 pagi : Ketibaan YBhg. Datin Sri Hasmah Binti Abu
Pengerusi Puspanita
Kementerian Dalam Negeri

: Nyanyian Negaraku

: Persembahan Selingan

: Bacaan Doa

: Ucapan oleh Puan Norlaili Salleh (Penulis Novel)

: Ucapan Pelancaran Buku oleh YBhg. Datin Sri Hasmah Binti Abu
Pengerusi Puspanita
Kementerian Dalam Negeri

: Penyampaian buku di bawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331)

: Lawatan Ke Pameran

12.30 tgh : Jamuan

: Sesi Bersama Penulis Novel

: Bersurai


Majlis yang akan disempurnakan oleh Datin Sri Hasmah Abu, Pengerusi Puspanita, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertujuan meningkatkan semangat patriotik masyarakat menerusi pembacaan novel yang memaparkan kisah perjuangan kemerdekaan negara. Di samping itu, pameran komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut diadakan bersempena majlis ini.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.

SUMBER: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Rodziah Che Omar
Tel: 03-2687 1803/019-2555251
Emel: rodziah_c@pnm.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.