Januari 21, 2026 -Rabu

 
 
 

Jumaat 29/08/2014

Amanat Secara Langsung Julung Kalinya Oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak Pada Malam Ambang Merdeka

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak dijangka menyampaikan amanat Merdeka buat julung kalinya secara langsung dari Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), di Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang bersejarah pada pada malam Ambang Hari Kemerdekaan ke-57.

Pada tahun-tahun sebelumnya, penyampaian amanat merdeka oleh Perdana Menteri dirakam di studio sebelum disiarkan.

Kali ini, YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan mesej Merdeka beliau di Matic, sebuah venue yang benar-benar signifikan kerana di sinilah berlangsungnya istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun-tahun awal negara dan lokasi persidangan pertama Parlimen.

Menteri-menteri kabinet, pegawai-pegawai kanan kerajaan, para pemimpin masyarakat, wakil-wakil badan bukan kerajaan serta wakil-wakil pelajar serta ikon negara telah dijemput khas untuk acara ini.

Majlis di MATIC dianjurkan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan disiarkan secara langsung menerusi Radio and Television Malaysia (RTM). .

Butiran acara ini adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 30 Ogos 2014

Masa : 8.30 pm

Tempat : Dewan Tunku Abdul Rahman,
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC),
Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Selepas menyampaikan amanat beliau, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak juga dijangka melancarkan Setem Merdeka di tempat yang sama.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut

SUMBER: SEKRETARIAT AMANAT MERDEKA BERNAMA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
SEKRETARIAT AMANAT MERDEKA BERNAMA
Nama : Zaria / Sarah
Tel : 019 – 2550 841 / 013 4501 015

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.