|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 02/09/2014
MAJLIS MENANDATANGANI SURAT NIAT (LOI) ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) DAN HOCHSCHULE KARLSRUHE UNIVERSITY OF APPLIED SCIENCES, JERMAN (HSKA) DALAM PROGRAM KERJASAMA DWIIJAZAH SARJANA KEJURUTERAAN
Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan mengadakan Majlis Menandatangani Surat Niat (LoI) dengan Hochschule Karlsruhe University Of Applied Sciences (HsKA) Jerman bagi menjalankan kerjasama dalam program Dwiijazah Sarjana dalam bidang kejuruteraan automotif dan mekatronik. Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari / Tarikh : Rabu 3 September 2014
Masa : 5.00 ptg
Tempat : Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur
Program:
4.30 ptg : Ketibaan jemputan dan media
: Ketibaan tetamu Kehormat
5.00 ptg : Ucapan Aluan oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP)
YH. Prof. Dato’Dr Daing Nasir Ibrahim
: Ucapan oleh Rektor Hochschule Karlsruhe University Of Applied Sciences (HsKA)
Prof. Dr. Karl-Heinz Meisel
: Ucapan oleh Duta Jerman ke Malaysia
H.E Mr. Holger Wilfried Michael
: Majlis menandatangani LoI antara UMP & HsKA disaksikan oleh H.E. Duta Jerman ke Malaysia
: Penyampaian Cenderamata
: Sidang Media
5.45 ptg : Jamuan /bersurai
Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ Mohd Hilmey b. Mohd Taib dan Kedutaan Jerman di Malaysia, H.E Mr. Holger Wilfried Michael.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi menghadiri dan membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Pn. Mimi Rabita Abdul Wahit
TEL : 09-5493174/0199887321
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|