Januari 21, 2026 -Rabu

 
 
 

Khamis 04/09/2014

ANUGERAH INOVASI PERDANA MENTERI 2014

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2014 seperti maklumat yang berikut:

Hari/Tarikh: Jumaat 5 September 2014

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Dewan Perdana, Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Disempurnakan oleh: YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin
Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia

Program
Click here

Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) telah diperkenalkan selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memartabatkan kreativiti dan inovasi sebagai pemacu negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

AIPM merupakan pengiktirafan tertinggi dalam sektor awam bagi inisiatif yang benar-benar signifikan dan berimpak tinggi serta menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan kepentingan negara. AIPM 2014 membawa tema “Melestarikan Inovasi, Memartabatkan Transformasi”.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan majlis ini.

SUMBER: Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Perundingan ICT Sektor Awam
MAMPU, Jabatan Perdana Menteri
TEL : 03-88925095

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.