Januari 21, 2026 -Rabu

 
 
 

Jumaat 05/09/2014

PERSIDANGAN MEJA BULAT “MEMBINA KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM”

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Persidangan Meja Bulat “Membina Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam” pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Selasa 9 September 2014

Masa: 9.00 pagi

Tempat: Dewan Besar IKIM
2, Langgak Tunku Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur


Objektif :

- Membahaskan secara kritis isu-isu yang berkaitan dengan cadangan membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam sistem pendidikan di Malaysia;

- Mengetengahkan pandangan Islam berkaitan teknik dan asas berfikir yang sebenar; dan

- Mengemukakan cadangan-cadangan konstruktif bagi memperkukuhkan cadangan ini


SESI I ISLAM DAN BUDAYA BERFIKIR ARAS TINGGI
Moderator : Dr. Mohd Sani Badron
Felo Utama/ Pengarah, Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan, IKIM

9.00-9.40 Pembentangan 1 : “Letak-duduk Akal-fikiran dalam Falsafah Ilmu
Islam”
Pembentang : Dr. Mohd Zaidi Ismail
Felo Utama/ Pengarah, Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar, IKIM

9.40-10.20 Pembentangan 2: “Mantiq sebagai Teras Ilmu Berfikir dalam Islam”
Pembentang : Dr. Mohd Farid Mohd Shahran
Felo Kanan/ Pengarah, Pusat Syariah, Undang-undang & Politik, IKIM

10.20-11.00 Perbincangan

SESI II BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA
Moderator : En. Md. Asham Ahmad
Felo Kanan/ Pengarah, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik,
IKIM

11.00-11.40 Pembentangan 3 : “Elemen Pemikiran Aras Tinggi dalam Kurikulum
Pendidikan Islam”
Pembentang : YBhg. Prof. Madya Dr. Adnan Abd Rashid
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

11.40-12.20 Pembentangan 4 : “Cabaran dalam Penerapan Pemikiran Aras Tinggi
dalam Sistem Pendidikan Islam”
Pembentang : YBhg. Prof. Dr. Saedah Siraj
Pengarah, Pusat Penyelidikan & Pembangunan Keluarga,
Universiti Malaya

12.20-13.00 Perbincangan

SESI III PEMANTAPAN BUDAYA BERFIKIR ARAS TINGGI: PERANCANGAN MASA HADAPAN
Moderator : YBhg. Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz
Felo Utama, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik, IKIM

14.30-15.10 Pembentangan 5 : “Model Terbaik Pemikiran Aras Tinggi di Malaysia”
Pembentang : YBhg. Prof. Dr. Rosnani Hashim
Institut Pendikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

15.10-15.50 Pembentangan 6 : “Persiapan Asas ke Arah Membangun Generasi Muslim”
Pembentang : YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Zawawi Ismail
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia

15.50-16.30 Perbincangan


Sehubungan itu anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan program tersebut.

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Sapuah bt. Hj. Nawawi
Ketua Pegawai Perhubungan Korporat
Tel : 03-6204 6329/ 331/ 012-3094427

Nama : Puan Suzanahwati binti Sanil
Penolong Pegawai Perhubungan Korporat
Tel : 03-6204 6330/ 013- 2288992

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.