|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 08/09/2014
HEBAHAN ISTIADAT DAN JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS ISTIADAT DAN PESTA KONVOKESYEN KE -16 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengadakan Istiadat Konvokesyen pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: Rabu - Sabtu 17 - 20 September 2014
Tempat : Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah,
Proton City, Tanjung Malim, Perak.
Tertib Istiadat Konvokesyen Ke-16 : www.bernamamrem.com/pdf/3372(1).pdf
Seramai 4337 jumlah graduan iaitu 693 graduan Diploma, 378 graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah, 2520 graduan Ijazah Sarjana Muda, 730 graduan Ijazah Sarjana, 16 graduan Ijazah Doktor Falsafah serta 2 Penerima Anugerah Ijazah Kehormat iaitu Y.Bhg. Datuk Hassan bin Harun, Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Keusahawanan dan Penerima Anugerah Sarjana Kehormat Y.Bhg. Dato’ Haji Ramly bin Mokni, Ijazah Kehormat Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional akan menerima ijazah daripada Canselor, DYMM Tuanku Zara Salim.
Manakala Pesta Konvokesyen juga akan bermula pada 17 hingga 20 September 2014 yang kesemua aktiviti diadakan di sekitar Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.
Program Pesta Konvokesyen: www.bernamamrem.com/pdf/3372(2).pdf
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Untuk maklumat lanjut mengenai Pesta Konvokesyen sila hubungi:
Nama : Pn Shahaniza
Tel : 019-5726296
Nama : En. Ismail Man
Tel : 019-4353841
Bagi pihak media, untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Nama : En. Ghazali Din
Tel : 019-2792143
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|