|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 08/09/2014
PERSIDANGAN MEJA BULAT “PERTUMBUHAN SEKOLAH ALIRAN TAHFIZ DI MALAYSIA – ANTARA ASPIRASI MURNI DAN HAKIKAT DI LAPANGAN”
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Persidangan Meja Bulat “Pertumbuhan Sekolah Aliran Tahfiz di Malaysia – Antara Aspirasi Murni dan Hakikat di Lapangan” pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 11 September 2014
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Besar IKIM
2, Langgak Tunku Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur
Objektif :
- Menyorot sejarah perkembangan sekolah-sekolah tahfiz di Malaysia, kedudukannya dalam sistem pendidikan negara dan pencapaiannya setakat ini;
- Mengenalpasti punca peningkatan pertumbuhan sekolah-sekolah tahfiz akhir-akhir ini dan kenapa ibubapa menjadikannya pilihan;
- Melihat kepentingan tahfiz, kesesuaiannya dan kemampuannya untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang mampu menghadapi cabaran semasa; dan
- Mengemukakan kritikan-kritikan membina terhadap kekurangan-kekurangannya dan mengemukakan cadangan-cadangan untuk penambahbaikan.
Program:
9.00 pg : Moderator : Dr. Mohd Farid Mohd Shahran
Felo Kanan/ Pengarah, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik,
IKIM
Kertas 1 : “Sekolah Aliran Tahfiz di Malaysia: Sumbangan, Cabaran
Semasa dan Potensi Masa Depan”
Oleh : Tuan Haji Abdullah Md. Din
Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia
9.40 pg : Kertas 2: “Pengalaman dan Pencapaian Darul Qur’an Sebagai
Pengendali Pengajian Tahfiz”
Oleh : Puan Hajah Zawana Mohammad
Pengarah Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
10.20 pg : Kertas 3 : “Kelebihan dan Kekurangan Sekolah Aliran Tahfiz
Berbanding Sekolah Biasa”
Oleh : Wakil Persatuan Tahfiz Wilayah Persekutuan
11.00 pg : Kertas 4 : “Cabang-cabang Ilmu al-Qur’an dan Martabatnya
Berdasarkan Maqasid al-Quran Imam al-Ghazali”
Oleh : En. Md. Asham Ahmad
Felo, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik, IKIM
11.40 pg : Kertas 5 : “Sekolah Aliran Tahfiz : suatu Pengamatan kritis dari Perspektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025”
Oleh : Dr. Zaharah Hussin
Ketua, Jabatan Asas Pendidikan & Kemanusiaan, Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya
12.20 t/hari : Perbincangan
Sehubungan itu anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan persidangan tersebut.
SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Sapuah bt. Hj. Nawawi
Ketua Pegawai Perhubungan Korporat
Tel : 03-6204 6329/ 331/ 012-3094427
Nama : Puan Suzanahwati binti Sanil
Penolong Pegawai Perhubungan Korporat
Tel : 03-6204 6330/ 013- 2288992
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|