|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 08/09/2014
JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN & MOHON HEBAHAN PROMOSI KRAF MALAYSIA 2014 DI EAST COAST MALL, KUANTAN
Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Majlis Perasmian Promosi Kraf Malaysia ‘Pohpaleh Pahang’ pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 9 September 2014
Masa : 8.00 malam
Tempat : Ground Floor, Concourse Area
East Coast Mall, Kuantan
Tetamu Kehormat : KDYTM Tengku Puan Pahang
Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah
Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil
Alallah Sultan Iskandar Alhaj
Untuk makluman, Promosi Kraf Malaysia ‘Pohpaleh Pahang’ ini berlangsung dari 09 hingga 14 September 2014, dari jam 10.00 pagi – 10.00 malam dengan mengetengahkan kepelbagaian penggunaan produk kraf tempatan dalam kehidupan seharian. Promosi ini melibatkan penyertaan seramai 53 orang usahawan kraf dari seluruh negara meliputi aktiviti jualan produk kraf dalam pelbagai bidang, pendidikan kraf (bercorak pendidikan ‘Do It Yourself’), dan Pelancaran jenama Produk Pahang ‘Pahang Pride’.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Perasmian Promosi Kraf Malaysia ‘Pohpaleh Pahang’ tersebut.
SUMBER: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang
Tel : 09-538 4598
Faks : 09-538 4528
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|