Januari 21, 2026 -Rabu

 
 
 

Isnin 22/09/2014

HEBAHAN ISTIADAT DAN JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS KONVOKESYEN BRIDGING PROGRAM

Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Kesatuan Pegawai Am UPSI akan menganjurkan Majlis Konvokesyen Bridging Program pada 23 September 2014 jam 2.30 petang di Auditorium Utama UPSI Tanjong Malim, Perak yang akan disempurnakan oleh Pro Canselor UPSI, Y. Bhg Tan Sri Dato Sri Dr Hj Yahaya bin Ibrahim.

Hari/Tarikh : Selasa 23 September 2014

Masa : 2.30 petang

Tempat : Auditorium Utama UPSI Tanjong Malim, Perak

Pada majlis yang julung kali diadakan ini, pengurniaan Anugerah Khas Pembelajaran Sepanjang Hayat dinobatkan kepada Yang Berbahagia Dato Haji Omar Haji Osman Mantan Presiden CUEPACS yang merupakan pencetus idea kepada Bridging Program.

Majlis ini turut dihadiri oleh semua wakil IPTA dan Majlis Gabungan Penolong Pegawai Sains (GAJUM) serta Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal. Graduan Majlis Konvokesyen ini membabitkan 28 orang Pembantu Makmal staf UPSI, Fakulti Sains dan Teknologi di bidang Fizik, Kimia, Biologi dan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan yang menamatkan pengajian mereka.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.


SUMBER: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Penyelaras Media dan Penerbitan
Bahagian Komunikasi Korporat
Nama : Ghazali Din
Tel : 019-2792143


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.