|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 23/09/2014
JEMPUTAN KE MAJLIS SIDANG MEDIA PROMOSI KRAF MALAYSIA 2014 DI ANGSANA IPOH MALL, PERAK
Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Majlis Sidang Media Promosi Kraf Malaysia 2014 Peringkat Negeri Perak pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 24 September 2014
Masa : 3.30 petang
Tempat : Pentas Utama Promosi Kraf Malaysia
Angsana Ipoh Mall
Ipoh, Perak
Bersama : YB Dato’ Nolee Ashilin Bt Dato’ Mohamad Radzi
Exco Kesihatan, Pelancongan & Kebudayaan Negeri Perak
Untuk makluman, Promosi Kraf Malaysia di Angsana Ipoh Mall ini berlangsung dari 22 September - 3 Oktober 2014, dari jam 10.00 pagi – 10.30 malam dengan mengetengahkan kepelbagaian penggunaan produk kraf tempatan dalam kehidupan seharian. Promosi ini melibatkan penyertaan seramai 54 orang usahawan kraf dari seluruh negara meliputi aktiviti jualan produk kraf dalam pelbagai bidang, pendidikan kraf (bercorak pendidikan ‘Do It Yourself’), demonstrasi pembuatan produk kraf dan persembahan kesenian.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Sidang Media Promosi Kraf Malaysia 2014 Peringkat Negeri Perak serta menghebahkan aktiviti ini kepada orang ramai.
SUMBER: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Kraftangan Malaysia Cawangan Perak
Nama : Puan Mai Hafizatul
Tel : 05-757 6200 / 012-244 8845
Faks : 05-757 6295
-BERNAMA |
|
|
|
|
|