Januari 21, 2026 -Rabu

 
 
 

Rabu 24/09/2014

JEMPUTAN MEDIA KE PROGRAM LITERASI ILMU DAN MAKLUMAT YKP-PNM 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) akan menganjurkan Program Literasi Maklumat YKP-PNM 2014 bertemakan "Ilmu Membina Negara Bangsa". Program ini akan disempurnakan oleh YBhg Cik Nafisah Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah PNM pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 29 September 2014

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Yayasan Kepimpinan Perdana,
No. 1, Jalan P8H, Presint 8,
62250 Putrajaya

ATUR CARA
PROGRAM LITERASI MAKLUMAT YKP-PNM 2014
“ILMU MEMBINA BANGSA DAN NEGARA”

8.00 pagi : Ketibaan para peserta dan sarapan

8.30 pagi : Taklimat kepada para peserta

9.00 pagi : Bacaan doa
: Ucapan perasmian oleh:
Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia
: Bicara Perdana Ikon Membaca Kebangsaan
YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad

10.45 pagi : Minum pagi

11.00 pagi : Perbincangan kumpulan dan penyediaan bahan pembentangan
(Peserta pertandingan literasi maklumat)
: Aktiviti Galakan Membaca
(Pelajar tingkatan 1 dan 2)
· Tayangan Video
· Kuiz

1.00 ptg : Makan tengahari / rehat

2.30 ptg : Pembentangan Kertas Kerja Kumpulan & Sesi Soal Jawab

4.30 ptg : Majlis Penutup
: Ucapan penutup oleh
Pengarah Eksekutif Yayasan Kepimpinan Perdana
: Ulasan Ketua Hakim
: Penyampaian Hadiah

5.30 ptg : Minum Petang
: Bersurai

Objektif program ini adalah untuk menggalakkan budaya membaca dan meningkatkan literasi maklumat dalam kalangan pelajar sekolah menerusi penganjuran aktiviti-aktiviti ilmu. Antara aktiviti pengisian utama ialah Bicara Perdana bertajuk "Ilmu Pembina Negara Bangsa" yang akan disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia merangkap Ikon Membaca Kebangsaan. Di samping itu, aktiviti-aktiviti lain sempena program ini ialah pertandingan literasi maklumat dan kuiz kenegaraan.

Sehubungan itu anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan program tersebut.

SUMBER: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Rodziah Omar
Tel: 03-26871803
Mobil: 019-2555251
Emel: rodziah_c@pnm.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.