Januari 21, 2026 -Rabu

 
 
 

Isnin 29/09/2014

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA DAN HEBAHAN SEMPENA PERAK EXPO FOR YOUNG SCIENTIST 2014

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan mengadakan Perak Expo for Young Scientist 2014 pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat-Ahad 10 – 12 Oktober 2014

Masa : Rujuk program

Tempat : Dewan Konvensyen, e-Learning
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI
35900 Tanjung Malim, Perak.


Majlis Perasmian :

Hari/Tarikh : Ahad 12 Oktober 2014

Masa : 10.30 pagi

Tempat: Dewan Konvensyen, e-Learning
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI
35900 Tanjung Malim, Perak.


Majlis ini akan dihadiri oleh YB Dr. Muhammad Amin Zakaria, Exco Negeri Perak - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau sebagai perasmi.


Program:

10/10/2014 (Jumaat)

3.00pm – 5.00pm : Pendaftaran peserta
5.00pm -10.00pm : Persediaan pameran oleh para peserta


11/10/2014 (Sabtu)

9.00am – 5.00pm : Ekspo bermula
: Pameran dan pelbagai aktiviti pelajar kendalian Agensi Kerajaan dan Swasta
: Pertandingan dan penilaian hasil projek pelajar dan guru sekolah oleh panel juri bermula
: Dibuka kepada orang ramai
2.30pm – 4.00pm : Sesi ‘Motivasi Sains & Matematik’
: Ceramah dan sesi soal-jawab bersama Y. Bhg. Prof.Madya Dr. Mohammad Aziz Shah bin Mohammad Arip (UPSI)

12/10/2014 (Ahad)

8.30 am : Ekspo bersambung. Dibuka kepada orang ramai.
9.45 am : Ketibaan jemputan dan Dif Kehormat
10.15 am : Ketibaan YB Dr. Muhammad Amin Zakaria, Exco Negeri Perak - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.
10.30 am : Nyanyian lagu
- Negaraku
- Ibu Kandung Suluh Budiman
- Perak Aman Jaya
: Aluan Pengerusi majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan Y. Bhg. Dato’ Prof.Zakaria Kasa,Naib Canselor UPSI
: Ucapan Perasmian Penutup Perak Expo for Young Scientist 2014 oleh YB Dr. Muhammad Amin Zakaria, Exco Negeri Perak Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.
: Penyampaian hadiah dan cenderamata
: Lawatan YB Dr. Muhammad Amin Zakaria, Exco Negeri Perak serta para jemputan ketapak pameran projek pelajar dan guru
: Sidang Media
: Makan tengahari
1.00 pm : Majlis bersurai


Tema ekspo pada tahun ini adalah “Membudayakan Sains dan Teknologi. Tujuan ekspo pula diadakan untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk menyaksikan hasil kajian dan rekacipta pelajar sekolah dan memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan sains dan teknologi. Penyertaan terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah, bantuan kerajaan di seluruh negeri Perak. Peserta yang berminat boleh mendaftar secara online http://eksposains2014.upsi.edu.my/ atau emel pendaftaraneksposains2014@gmail.com. Orang ramai dijemput hadir.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Ghazali Din
Penyelaras Media
Tel : 019 2792143

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.