|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 15/09/2014
MAKLUMAN MEDIA PERSATUAN KOMANWEL UNTUK PENTADBIRAN & PENGURUSAN AWAM (CAPAM) 2014
CAPAM 2014 / FORUM MEDIA CAPAM
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC),
PUTRAJAYA MALAYSIA
19 – 21 OKTOBER 2014
1. PENGENALAN
Malaysia akan menganjurkan Persidangan Persatuan Komanwel untuk Pentadbiran dan Pengurusan Awam (CAPAM) pada 19 dan 20 Oktober 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Yang Berbahagia Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, Malaysia selaku Naib Presiden CAPAM.
Tema untuk Persidangan CAPAM 2014 adalah 'Transformasi Perkhidmatan Awam; Membentuk Masa Depan Bersama Ke Arah Masa Depan Yang Lebih Baik & Membina Ketahanan Global '.
CAPAM adalah persatuan yang tidak berasaskan keuntungan dengan rangkaian jumlah rangkaian antarabangsa seramai 1100 penjawat kanan awam, Ketua-ketua Kerajaan, ahli akademik dan penyelidik terkemuka yang terdapat di lebih 50 buah negara yang berbeza di seluruh Komanwel.
Selain daripada Persidangan Dwi-tahunan CAPAM, BERNAMA juga menguruskan Forum Media CAPAM pada 21 Oktober 2014. Forum media ini bertemakan: 'Penglibatan Komanwel’.
CAPAM 2014 dan Forum Media CAPAM bakal menyaksikan kehadiran peserta tempatan dan antarabangsa dari negara-negara anggota Komanwel berhimpun di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Menurut konteks Komanwel, organisasi antara kerajaan dari 53 buah negara termasuk media tradisional dan baru telah memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan pembangunan ekonomi, urusan pentadbiran dan masyarakat yang bertamadun.
Adalah menjadi harapan kami agar Forum Media CAPAM 2014 dapat memperkayakan pengetahuan para peserta mengenai pentingnya negara-negara Komanwel di dalam abad ke-21 serta peranan pihak media dalam mengetengahkan pelan hala tuju untuk meningkatkan kerjasama di kalangan anggota Komanwel.
Perbincangan mengenai bagaimana media bermanfaat untuk lebih daripada 2.3 billion penduduk Komanwel di Forum Media CAPAM 2014 diadakan tepat pada waktunya.
Forum yang dijadualkan pada 21 Oktober 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) juga berfungsi sebagai platform untuk pengamal media Komanwel, pihak berkuasa kerajaan berkaitan dan masyarakat bertamadun untuk berinteraksi dan berhubung melalui rangkaian dengan rakan mereka daripada negara-negara anggota.
Pengetahuan dan kemahiran penggunaan media secara berkesan, termasuk perkongsian amalan dan pengalaman yang diketengahkan semasa Forum Media CAPAM 2014 adalah relevan bagi menyedarkan para pemegang amanah tentang kemudahan media yang merentasi seluruh negara Komanwel dan bukan Komanwel untuk manfaat setiap manusia.
2. AKREDITASI
Akreditasi diperlukan bagi wartawan/ jurugambar/ penyiar yang membuat liputan. Sila dapatkan borang permohonan bagi tujuan akreditasi daripada unit Perhubungan Media dan Pengurusan Acara (MREM) BERNAMA seperti yang dinyatakan di bawah.
Setiap pertubuhan media diminta melantik seorang wakil bagi menyelaraskan urusan permohonan akreditasi dan penginapan. Sila buat salinan tambahan borang jika perlu.
Akreditasi disediakan kepada wakil-wakil pertubuhan media yang diiktiraf untuk membuat tugasan liputan Forum Media CAPAM 2014. Wakil media perlu melampirkan surat tugasan yang disahkan oleh agensi masing-masing beserta permohonan mereka.
Media asing diminta mengembalikan borang akreditasi secara langsung kepada Sekretariat Media CAPAM 2014 pada alamat tertera di bawah.
Semua anggota media yang mengiringi Ketua Negara atau Kerajaan atau Ketua Delegasi perlu melengkapkan borang permohonan untuk akreditasi. Surat rasmi daripada Kerajaan berkenaan, perlu dilampirkan. Senarai nama wakil-wakil media beserta jawatan dan keanggotaan.
Borang permohonan dan surat rasmi boleh dialamatkan kepada Sekretariat Media CAPAM 2014 seperti berikut:
SEKRETARIAT MEDIA
Persatuan Komanwel untuk Pentadbiran dan Pengurusan Awam (CAPAM) 2014
Perhubungan Media dan Pengurusan Acara (MREM)
Tingkat 5, Wisma BERNAMA,
28 Jalan 1/65A, Off Jalan Tun Razak,
50700 Kuala Lumpur
Tel : 03 – 2694 1024 / 2696 2123 / 2696 21153
Faks : 03 – 2694 1021 / 2694 1022
E-mel : mediasec@bernama.com
Media Malaysia dan asing yang berpusat di Kuala Lumpur boleh menghantar borang permohonan yang telah lengkap kepada Sekretariat Media sebelum 10 Oktober 2014.
Pas Akreditasi dan kit maklumat akan disediakan di Pusat Media Antarabangsa (IMC). Pas Akreditasi harus dipakai sepanjang masa.
3. KEMUDAHAN MEDIA
Pusat Media Antarabangsa (IMC) bagi Forum Media CAPAM 2014 akan ditempatkan di Dewan 7, Aras Concourse, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
IMC akan menyediakan ruang bekerja yang mencukupi, kemudahan komunikasi dan perkhidmatan media lain yang berkaitan bagi memenuhi keperluan semua wartawan, penyiar dan jurugambar.
IMC akan mula beroperasi pada 18 Oktober, 2014. Waktu operasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
4. PROGRAM MEDIA
Satu program media yang terperinci akan dikeluarkan menjelang bermulanya Forum Media CAPAM. Ia akan juga disediakan di Pusat Media Antarabangsa (IMC).
Untuk maklumat lanjut sila layari events.capam.org / http://www.thecommonwealth.org
5. PENGINAPAN
Semua wakil media akan bertanggungjawab ke atas urusan perjalanan dan tempahan penginapan hotel. Anggota-anggota media diminta berurusan secara terus dengan hotel-hotel yang menjadi pilihan berhubung bilangan bilik, nama tetamu, tarikh tiba dan pulang, kadar bilik dan prosedur pembayaran.
6. FORMALITI KEMASUKAN
Para pelawat perlu mempunyai pasport atau dokumen perjalanan antarabangsa yang diiktiraf sertas disahkan untuk perjalanan ke Malaysia dan mempunyai tempoh sah sekurang-kurangnya enam (6) bulan daripada tempoh yang dibenarkan. Harap maklum bahawa rakyat dari negara tertentu mungkin memerlukan visa untuk memasuki Malaysia. Sila dapatkan pengesahan mengenai keperluan visa daripada Kedutaan Malaysia yang berhampiran atau layari http://www.kln.gov.my.
Semua pelawat yang bukan penduduk tetap perlu melengkapkan Borang Deklarasi Pelancong untuk mengisytiharkan jumlah mata wang asing dan cek kembara yang di bawa sewaktu ketibaan dan berlepas pulang.
7. KEPERLUAN PELEPASAN KASTAM
Wakil-wakil media yang ingin membawa peralatan ke Malaysia perlu melengkapkan Borang Pengimportan Kastam dengan menyediakan inventori lengkap termasuk model dan nombor siri peralatan.
Mereka dikehendaki untuk mendapatkan / bentuk surat yang dipanggil "Carnet" daripada pihak berkuasa masing-masing. Borang ini akan menunjukkan peralatan yang dibawa oleh mereka untuk memudahkan liputan di Forum Media CAPAM 2014 dan mereka juga akan kembali ke negara masing-masing dengan peralatan yang sama.
Semasa tiba di Kastam Malaysia mereka hanya perlu menunjukkan borang ini yang disahkan oleh Kastam di negara asal. Ini adalah untuk memastikan bahawa semua peralatan yang dibawa mereka akan dibawa kembali ke negara mereka ketika meninggalkan Malaysia.
Borang ini akan mengesahkan senarai penuh kelengkapan yang dibawa masuk ke Malaysia.
8. PERUBATAN
Pemantauan vector akan dijalankan di semua pelabuhan dan lapangan terbang bagi memastikan Malaysia bebas daripada nyamuk Aedes Aegypti. Oleh itu, para pelawat yang tidak memiliki Sijil sah Suntikan Vaksin Demam Kuning yang diluluskan oleh WHO dan dikendalikan oleh sebuah Pusat Pemvaksinan Demam Kuning yang diluluskan, akan dikuarantin setibanya di Malaysia. Wakil-wakil media di mana titik perlepasan mereka ke Malaysia adalah daripada negara-negara Amerika Latin atau Afrika wajib mempunyai Sijil sah Suntikan Vaksin Demam Kuning.
9. KEMUDAHAN PERUBATAN
Hospital-hospital berkenaan di Putrajaya telah dimaklumkan untuk memberikan perkhidmatan pesakit luar dan rawatan inap. Ambulan akan disediakan apabila perlu untuk membawa pesakit ke hospital. Doktor-doktor dan paramedik akan disediakan untuk memberikan perkhidmatan kecemasan serta merta kepada anggota delegasi, para peserta dan wakil-wakil media yang menghadiri Forum Media CAPAM. Bagaimanapun, mereka perlu bertanggungjawab dari segi kewangan untuk semua perkhidmatan di luar skop klinik termasuk:
- Rujukan kepada pakar-pakar perubatan
- Ujian diagnostik
- Bekalan perubatan
- Perkhidmatan gigi
10. MAKLUMAT
Permohonan bagi borang akreditasi dan maklumat tambahan mengenai perkhidmatan dan kemudahan media boleh dihantar kepada:
Sekretariat Media CAPAM 2014:
Maklumat Am:
Cik Zaria Mohd Nasri
Tel : 603 – 2694 1024 / 2696 2123
Faks : 603 – 2694 1021 / 22
Emel : mediasec@bernama.com
Akreditasi/Pendaftaran:
Cik Fateha Yusoff /Cik Nur Iryani Syaqira
Tel : 603 – 2696 2120 / 2696 2153
Faks : 603 – 2694 1021 / 22
Emel : mediasec@bernama.com
11. LAMAN WEB
Laman web BERNAMA: http://www.bernama.com
Laman web utama CAPAM : http://www.thecommonwealth.org
Laman web CAPAM 2014 : events.capam.org
Laman web utama Pejabat Perdana Menteri: http://pmo.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|