Januari 21, 2026 -Rabu

 
 
 

Khamis 02/10/2014

LIPUTAN PROGRAM YB DATO’ TAJUDDIN ABDUL RAHMAN, TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI DI MAJLIS PENYERAHAN LEMBU KORBAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA 1435H PERINGKAT PARLIMEN PASIR SALAK, PERAK

Sukacita dimaklumkan bahawa YB Dato’ Tajuddin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani akan menghadiri Majlis Penyerahan Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidil Adha 1435H Peringkat Parlimen Pasir Salak, Perak seperti berikut :

Hari/Tarikh : Sabtu 04 Oktober 2014

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Masjid Simpang Empat Balai Polis,
Chenderong Balai
Perak

Untuk makluman, sebanyak 90 ekor lembu korban akan disumbangkan oleh YB Dato’ dan akan diagih-agihkan kepada Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bahagian Pasir Salak.

Sehubungan itu anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan program tersebut.

SUMBER: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Zamberi bin Baharin
Pegawai Khas Media
Pejabat YB Timbalan Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani
Tel : 0388701067/ 0133944077

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.