|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 08/10/2014
MAJLIS SAMBUTAN HARI PENGLIHATAN SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2014
Adalah dimaklumkan bahawa, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob, Yang DiPertua Negeri Melaka akan merasmikan Sambutan Hari Penglihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2014 seperti berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 9 Oktober 2014
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Tun Ali
Bukit Katil, Melaka
Program:
8.30 pagi - Ketibaan Dif-dif Jemputan
8.45 pagi - Ketibaan YB Datuk Seri Dr. S.Subramaniam
Menteri Kesihatan Malaysia
8.50 pagi - Ketibaan YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron
Ketua Menteri Melaka
9.00 pagi - Ketibaan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob
Yang DiPertua Negeri Melaka
- Lagu Negaraku
- Lagu Melaka Maju Jaya
- Lagu Kami Sedia Membantu
- Bacaan Doa
- Persembahan dari kanak-kanak kurang upaya(OKU) penglihatan
- Persembahan Multimedia
- Ucapan YB Menteri Kesihatan Malaysia
- Ucapan YAB Ketua Menteri Melaka
- Perasmian dan Gimik Pelancaran oleh Tuan Yang Terutama Negeri Melaka
- Penyampaian Sumbangan dari Standard Chartered Foundation bagi program Promosi Penglihatan
- Penyampaian cenderahati
- Jamuan
10.30 pagi - Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En.Nor Suzaman B.Abdul Rahman
Tel : 013-399 7025/03-8883 3470
Emel : n.suzaman@moh.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|