Januari 21, 2026 -Rabu

 
 
 

Khamis 09/10/2014

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN 10 KOPERASI 2014 DISAKSIKAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI MERANGKAP PENGERUSI MAIWP

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi 2014 pada:

Hari/Tarikh : Rabu 15 Oktober 2014 / 20 Zulhijjah 1435H

Masa : 12.00 tengahari - 1.00 petang

Tempat : Tingkat 9, Blok D7, Parcel D, JAKIM,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya

Majlis penyerahan ini akan disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP, Y.B. Mej. Jen. Dato' Seri Haji Jamil Khir Haji Baharom (B).

Turut sama hadir dalam majlis ini, Pengerusi PPZ- MAIWP, Datuk Haji Che Mat Che Ali dan wakil-wakil korporat bagi 10 koperasi yang bakal menyerahkan zakat perniagaan mereka.

Sehubungan itu anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Mobile: 012-5003547

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.