Januari 21, 2026 -Rabu

 
 
 

Jumaat 10/10/2014

LIPUTAN MEDIA DAN HEBAHAN SEMPENA RENTAK BITARA MAKUM 2014

Pusat Kebudayaan UPSI, Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia dengan kerjasama Fakulti Muzik dan Seni Persembahan akan mengadakan Rentak BITARA MAKUM 2014 pada 11 Oktober 2014 (Sabtu) pukul 8.00 malam di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI, Tanjong Malim, Perak. Majlis ini akan dihadiri oleh YBhg. Datuk Norliza Rofli, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia.

Hari/Tarikh : Sabtu 11 Oktober 2014

Masa : 8.00 malam

Tempat : Dewan SITC,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
UPSI, Tanjong Malim, Perak

PROGRAM

9.00 pg – 11.00 pg : Latihan dan kesesuaian pentas peserta
(Pertandingan 1)
(Soundcheck)

11.00 pg – 1.00 ptg : Latihan dan kesesuaian pentas peserta
(Pertandingan 2)
(Soundcheck)

1.00 ptg – 2.30 ptg : REHAT

2.30 ptg – 5.00 ptg : Pertandingan 1

8.30 mlm – 11.00 mlm : Pertandingan 2 dan penyampaian hadiah


Objektif Rentak BITARA MAKUM ini adalah untuk melahirkan insan seni yang berkebolehan bekerjasama dalam kumpulan membentuk persembahan dan karya yang berkualiti Adalah menjadi harapan program ini menjadi satu aktiviti yang dapat mewujudkan masyarakat yang berkebolehan dan dapat mengetengahkan bakat yang ada dikalangan mahasiswa serta menjadi platform kepada mahasiswa menunjukkan bakat dan minat dalam bidang muzik. Program ini membabitkan 20 IPTA di seluruh negara. Pemenang-pemenang dalam pertandingan ini akan menerima Sijil Penyertaan, Piala Iringan dan Wang Tunai. Orang ramai dijemput hadir

‘KOMITED MEMBAWA PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN’

Sehubungan itu anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan majlis tersebut.


SUMBER : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Nurfaizal Fariz
Tel : 019 7709 796


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.