|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 13/10/2014
PERTANDINGAN LUKISAN SENI UNTUK HIASAN KEDIAMAN
Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Pertandingan Lukisan Seni Untuk Hiasan Kediaman yang akan berlangsung pada 26 Oktober 2014 (Ahad) di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.
Hari/Tarikh : Ahad 26 Oktober 2014
Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay
Untuk makluman, pertandingan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti menarik bersempena Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman yang diadakan mulai 23 Oktober hingga 3 November 2014, dari jam 10.00 pagi – 10.00 malam. Promosi ini merupakan penganjuran ke-8 oleh Kraftangan Malaysia dalam mempromosikan produk kraf bagi hiasan dalaman dan seni taman yang berilhamkan alam semula jadi. Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti Jualan dan Pameran seperti perabot taman, pergola, kabinet dapur, kolam hiasan hinggalah tumbuhan bunga hiasan akan dipromosikan oleh 250 orang usahawan kraf serta syarikat perkhidmatan hiasan dalaman dan seni taman.
Sehubungan itu, bagi memberi peluang penyertaan yang lebih luas, sukacita dipohon kerjasama daripada pihak media untuk menghebahkan pertandingan ini kepada orang ramai
Hadiah berupa wang tunai bakal menanti para pemenang. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 Oktober 2014. Maklumat lanjut dan borang penyertaan sila layari www.kraftangan.gov.my.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793 / 03-2162 7533
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|