|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 14/10/2014
JEMPUTAN KE MAJLIS SIDANG MEDIA PROMOSI HIASAN DALAMAN & SENI TAMAN 2014
Kraftangan Malaysia akan mengadakan Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman bermula 23 Oktober hingga 3 November 2014 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Promosi ini merupakan gabungan aktiviti dalam menampilkan kepelbagaian produk kraf berasaskan alam semula jadi.
Sehubungan itu, satu Majlis Sidang Media yang akan dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan diadakan pada :
Hari/Tarikh : Rabu 15 Oktober 2014
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Bilik Tun Lanang II
The Royale Chulan Hotel
Jalan Conlay, Kuala Lumpur
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Sidang Media sempena Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman tersebut.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793 / 03-2161 1480 / www.kraftangan.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|