Januari 21, 2026 -Rabu

 
 
 

Rabu 15/10/2014

MAJLIS PRA-PELANCARAN (SOFT LAUNCH) FESTIVAL KESENIAN & KEBUDAYAAN ISLAM ANTARABANGSA PUTRAJAYA 2014 (PIIACuF 2014)

Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menganjurkan Festival Kesenian & Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 2014 (PIIACuF 2014) buat kali kedua di Dataran Putrajaya, Presint 3 dari 30 Oktober – 2 November 2014 . Penganjuran kali yang kedua ini bertemakan “Kejaiban Dunia Islam” selaras dengan matlamat bagi menjadikan Putrajaya sebagai pusat kegemilangan kesenian dan kebudayaan Islam alaf baharu.

Hari/Tarikh : Khamis 16 Oktober 2014

Masa : 2.30 petang

Tempat : Dewan Seri Melati
Kompleks Perbadanan Putrajaya

Program:

Masa | Program

2.30 pm : Arrival of Guests and Media/Bloggers

2.50 pm : Arrival of YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Aseh bin Haji Che Mat, President Perbadanan Putrajaya

3.00 pm : Arrival of YBhg. Datuk Seri Adnan bin Haji Md Ikshan, Secretary General Ministry of Federal Territories

3.10 pm : Welcoming Speech by YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Aseh bin Haji Che Mat, President Perbadanan Putrajaya

3.15 pm : Opening Speech by YBhg. Datuk Seri Adnan bin Haji Md Ikshan, Secretary General Ministry of Federal Territories

3.20 pm : Launch Gimmick & Promo Video PIIACuF 2014

3.30 pm : Performance by Journey of Nur’s artists

3.40 pm : Presentation of Token of Appreciation to PIIACuF 2014 partners

3.50 pm : Press Conference

4.05 pm : Refreshment/ End of Programme

PIIACuF 2014 akan menggabungkan pelbagai aktiviti seperti Pameran Keajaiban Dunia Islam, Pameran Al-Aqsa : Forms Of The Doa, Pavillion Antarabangsa, Pertunjukan Fesyen Muslimah, Persembahan Kebudayaan, Demo Kraftangan dan Kaligrafi, Aktiviti kanak-kanak, Forum Islam Antarabangsa Putrajaya, Forum Seni Bina Islam, Forum Perdana Ehwal Islam, Selawat@PIIACuF bersama Habib Sheikh AsSegaf, dan Konsert Journey of Nur 2.0.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput ke Majlis Pra-Pelancaran (Soft Launch) PIIACuF 2014 yang bakal disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Adnan Bin Hj. Md Ikshan, Ketua Setiausaha, Kementerian Wilayah Persekutuan dan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh Bin Hj. Che Mat, Presiden PPj serta tetamu-tetamu kehormat lain pada ketetapan seperti berikut:

Turut memeriahkan majlis adalah di antara barisan artis yang akan membuat persembahan di Konsert Journey Of Nur 2.0 “Gema Timur Jauh” seperti Mawi, Nazrey Johani dan Brotherz.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.


SUMBER: Perbadanan Putrajaya

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA: TENGKU AINA BINTI TENGKU ISMAIL SHAH
SEKRETARIAT PIIACUF 2014
TEL : 03-8887 7152 / 7033
FAKS: 03-8887 5013

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.