Januari 20, 2026 -Selasa

 
 
 

Jumaat 17/10/2014

Kejohanan Hoki Dewan UPSI Ke-9

Adalah dimaklumkan Pusat Sukan UPSI dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Persatuan Hoki Negeri Perak akan menganjurkan Kejohanan Hoki Dewan UPSI ke-9 bermula pada 17 sehingga 19 Oktober 2014 bertempat di Gimnasium dan gelanggang sekitar Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Satu MAJLIS PENUTUP akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Ahad 19 Oktober 2014

Masa : 2.30 petang

Tempat: Gimnasium dan gelanggang sekitar Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjung Malim, Perak

Dianggarkan lebih 1000 orang peserta melibatkan 130 buah pasukan dari pelbagai kategori akan berentap bagi merebut hadiah yang ditawarkan. Buat pertama kalinya juga dua pasukan staf UPSI bakal beraksi dalam kejohanan ini.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : En. Ghazali Din
Penyelaras Media
MOBILE: 019 279 2143

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.