Januari 20, 2026 -Selasa

 
 
 

Jumaat 17/10/2014

PROMOSI KRAF MALAYSIA DI AMANJAYA MALL, SUNGAI PETANI, KEDAH

Adalah dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan Promosi Kraf Malaysia Peringkat Negeri Kedah seperti berikut:

Tarikh : 24 Oktober – 2 November 2014

Masa : 10.30 pagi - 10.30 malam

Tempat : Amanjaya Mall

Sungai Petani, Kedah


Penganjuran Promosi Kraf Malaysia di Pusat Membeli-Belah Amanjaya Mall ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan produk kraf tempatan bagi memenuhi pasaran domestik.

Selain itu, melalui Promosi Kraf sebegini secara tidak langsung dapat dijadikan platform dan membuka peluang kepada pengusaha kraf untuk meniagakan produk-produk kraf tempatan di Pusat Membeli-Belah di bawah seliaan Kraftangan Malaysia.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang Promosi Kraf Malaysia di Amanjaya Mall Sungai Petani, Kedah meliputi Jualan Produk Kraf Malaysia - melibatkan 32 usahawan dari pelbagai bidang kraf, Pendidikan & Interaktif Kraf dan Persembahan Kesenian – Wayang Kulit Seri Asun, Kompang, Gendang Silat & Tarian Tradisional

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.


SUMBER: Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2162 7533

Kraftangan Malaysia Cawangan Kedah
Tel : 04-714 4103

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.