|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 17/10/2014
LARIAN ANTARABANGSA SEMPENA PERSIDANGAN DWI TAHUNAN PERTUBUHAN KOMANWEL BAGI PENTADBIRAN AWAM DAN PENGURUSAN (CAPAM) 2014
Malaysia akan menganjurkan Persidangan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) pada 19 - 21 Oktober 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Larian Antarabangsa akan dianjurkan sempena dengan Persidangan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM).
Pelepasan Larian Antarabangsa tersebut akan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Ahad 19 Oktober 2014
Masa : 7.15 pagi
Tempat : Istana Kehakiman Putrajaya
Program
6.00 pagi : Peserta tiba dan bersiap sedia
6.30 pagi : Pelepasan peserta acara 21km
7.00 pagi : Ketibaan tetamu jemputan
7.10 pagi : Senamrobik
7.15 pagi : Ketibaan YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa,
Ketua Setiausaha Negara merangkap Yang
Dipertua MAKSAK Malaysia
7.30 pagi : Pelepasan peserta acara 10km
7.40 pagi : Pelepasan peserta acara 7km dan 5km
7.45 pagi : YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa beredar pulang
: Sarapan pagi
10.00 pagi : Penyampaian hadiah oleh Ketua Setiausaha
Kementerian Belia dan Sukan
: Acara selesai
Larian Antarabangsa CAPAM meliputi 4 kategori iaitu:
(a) Fun Run, Terbuka – 5 km;
(b) Pelajar berumur 13 hingga17 tahun – 7 km;
(c) Lelaki /Wanita, Senior Veteran – 10 km; dan
(d) Lelaki/Wanita, Junior Veteran – 21 km.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar bagi membuat liputan larian antarabangsa CAPAM tersebut.
SUMBER: Sekretariat Media CAPAM 2014
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Pusat Media (Hall 7, Concourse Level PICC)
Nama : Zaria / Sarah
Tel : 03-8887 6602/ 03- 2694 1023 / 03- 2694 1024
Mobil : 019 – 2550 841 / 013 – 4501 015
Faks : 03 – 8887 6603
Laman Web : http://www.capam.org
http://capam2014.mampu.gov.my
http://events.capam.org
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|