Januari 20, 2026 -Selasa

 
 
 

Selasa 21/10/2014

KRAFTANGAN MALAYSIA: GUIDED TOUR PROMOSI HIASAN DALAMAN & SENI TAMAN 2014

Adalah dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman bermula dari 23 Oktober - 3 November 2014, dari pukul 10.00 pagi – 10.00 malam, bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

Sehubungan itu, satu lawatan berpandu media akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Hari/Tarikh : Khamis 23 Oktober 2014

Masa : 2.30 petang

Tempat : Khemah Laman Plaza
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Jalan Conlay

Bertemakan ‘Kraf Ceriakan Mahligai Anda’ aktiviti menarik yang bakal berlangsung sempena promosi ini merangkumi Pameran produk baru, Pameran & Jualan Karya Catan Hiasan, Jualan kraf produk kelengkapan rumah dan kegunaan harian, produk hiasan senibina & dekorasi, produk cenderamata / perhiasan diri (aksesori), produk hiasan taman dan landskap serta demonstrasi & interaktif kraf.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
KRAFTANGAN MALAYSIA
Tel : 03-2161 3793 / 03-2161 1480 / www.kraftangan.gov.my
Nama : Fazlin
Mobile: 012-664 1734

Nama : Norehan
Mobile: 012-657 8824

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.