|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 21/10/2014
LIPUTAN MEDIA DAN HEBAHAN SEMPENA BAKTI SISWA PERDANA ’GERAK KEUSAHAWANAN’
Kolej-kolej Kediaman UPSI dengan kerjasama Parlimen Subang akan menganjurkan program Bakti Siswa Perdana yang bertemakan Mahasiswa ke Bandar ’Gerak Keusahawanan’ pada 23 hingga 26 Oktober 2014.
Majlis Perasmian Penutup bakal dihadiri oleh Y.B Dato’ Seri Haji Noh Omar, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor di Dewan Kolej Vokasional, Paya Jaras Sungai Buluh.
Hari/Tarikh : Ahad 26 Oktober 2014
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Kolej Vokasional
KM 22, Sungai Plong, 47000 Sg Buluh, Selangor
PROGRAM
Khamis 23 Oktober 2014
9.00 am : Bertolak dari Tanjung Malim
10.30 am : Dijangka tiba di Dewan Kolej Vokasional, Paya Jaras Sungai Buluh
Majlis Perasmian Baktisiswa ‘Mahasiswa ke Bandar’ & Majlis Penyerahan Anak Angkat –Dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Zein Isma bin Hj. Ismail, Ketua UMNO Bahagian Subang
2.30 pm : Bersama keluarga angakat
Jumaat 24 Oktober 2014
8.00 am : Sarapan pagi
8.30 am : Aktiviti bersama komuniti
Paya Jaras : Rumah Kasih Harmoni
Kota Damasara : Hutan Seksyen 10
01.00 pm : Berehat makan tengahari, membersihkan diri, solat zohor
2.00 pm : Lawatan IKS
5.00 pm : Rewang Kenduri rakyat sempena Awal Muharam di Surau Kampung Melayu
Sabtu 25 Oktober 2014
6.00 am : Solat subuh
8.30 am : Sarapan pagi
9.00 am : Kaji selidik penduduk
1.00 pm : Berehat ,makan tengahari,membersihkan diri,solat zohor
2.00 pm : Sukan rakyat @Padang Paya Jaras
8.00 pm : Malam Kebudayaan/Kesenian Islam @ Kota Damansara
Ahad 26 Oktober 2014
7.30 am : Bersama keluarga angkat
8.00 am Forum (Aspirasi Profesional Muda)
Carboot sales
Majlis penutup- Dihadiri oleh Y.B Dato’ Seri Haji Noh Omar, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor
2.30 pm Pulang ke Tanjung Malim
Bakti Siswa ini dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri setiap mahasiswa yang terlibat dan memberi khidmat sosial kepada masyarakat seterusnya meningkatkan sifat kemasyarakatan dan mewujudkan hubungan interaksi sosial yang erat antara mahasiswa dengan masyarakat. Selaras Agenda Transformasi Nasional, pelbagai program perlu dirangka - laksana bagi menjelmakan komitmen dan hasrat kerajaan untuk memakmurkan dan mensejahterakan rakyat.
‘KOMITED MEMBAWA PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN’
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Ghazali Din
Tel : 019-2792143
-BERNAMA |
|
|
|
|
|