Januari 20, 2026 -Selasa

 
 
 

Isnin 27/10/2014

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) DI ANTARA AGROBANK DAN PERSATUAN ORANG KOTA BHARU (POKB)

Adalah dimaklumkan Agrobank akan mengadakan majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Agrobank dan Persatuan Orang Kota Baru (POKB). Melalui memorandum ini, ahli-ahli POKB akan mendapat manfaat dari skim perlindungan kemalangan diri secara berkelompok.

Memorandum ini akan ditandatangani oleh YH Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank dan YBhg Datuk Hj. Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohamad, Presiden POKB. Majlis menandatangani memorandum ini akan disaksikan oleh Datuk Hj. Ahmad B Hj. Maslan, Timbalan Menteri Kewangan 1.

Butir-butir:

Hari/Tarikh : Selasa 28 Oktober 2014

Masa : 3.30 petang

Tempat : Tingkat 15, Agrobank Kuala Lumpur
Leboh Pasar Besar, P.O Box 10815
50726 Kuala Lumpur


Program:

3.30ptg : Ketibaan tetamu jemputan

3.45ptg : Ketibaan YH Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank

: Ketibaan YBhg Tan Sri Faizah Mohd Tahir
Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Agrobank

: Ketibaan YBhg. DatukHj. Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohamad
Presiden Persatuan Orang Kota Bharu

4.00ptg : Ketibaan YB.Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
Timbalan Menteri Kewangan I

: Bacaan doa oleh Ustaz Hishamuddin Ab Hamid
Ketua Jabatan Shariah

: Ucapan oleh YH Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif

: Ucapan oleh YBhg.Datuk Hj. Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohamad
Presiden Persatuan Orang Kota Bharu

: Ucapan oleh YB.Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
Timbalan Menteri Kewangan I

: Acara Menandatangani MOU

: Jamuan Makan

: Bersurai


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Norzuleana
PR Eksekutif
Tel : 012-271 2537 / 03-2731 1600 samb. 1655.

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.