|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 28/10/2014
MEDIA PREVIEW PIIACuF 2014
Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menganjurkan Festival Kesenian & Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 2014 (PIIACuF 2014) buat kali kedua di Dataran Putrajaya, Presint 3 dari 30 Oktober – 2 November 2014 . Penganjuran kali yang kedua ini bertemakan “Kejaiban Dunia Islam” selaras dengan matlamat bagi menjadikan Putrajaya sebagai pusat kegemilangan kesenian dan kebudayaan Islam alaf baru.
PIIACuF 2014 akan menggabungkan lebih 200 program dan pelbagai aktiviti harian seperti Pameran Keajaiban Dunia Islam, Pameran Al-Aqsa : Forms Of The Doa, Pavillion Antarabangsa, Pertunjukan Fesyen Islam, Persembahan Kebudayaan, Demo Kraftangan dan Kaligrafi, Aktiviti kanak-kanak, Forum Islam Antarabangsa Putrajaya, Forum Seni Bina Islam, Forum Perdana Ehwal Islam, Program Selawat bersama Habib Sheikh @ PIIACuF, dan Konsert Journey of Nur 2.0.
Majlis Media Preview PIIACuF 2014 akan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri (Dr.) Aseh Bin Hj. Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 29 Oktober 2014
Masa : 5.00 petang
Tempat : Gerbang Kompleks Perbadanan Putrajaya
Presint 3, Putrajaya
Program:
4.45 Petang : Ketibaan wakil-wakil media
5.00 Petang : Ketibaan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh Bin Hj. Che Mat, Presiden PPj
: Walk Thru’ International Pavilion & Tapak PIIACuF 2014 oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh Bin Hj. Che Mat, Presiden PPj dengan diringi oleh Naib – Naib Presiden PPj.
: Sesi Soal Jawab bersama YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh Bin Hj. Che Mat, Presiden PPj
6.00 Petang : Jamuan @ Kafeteria PPj
6.30 Petang : Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Perbadanan Putrajaya (PPj)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Perbadanan Putrajaya
Tel: 03-8887 7033
Faks: 03-8887 5013
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|