Januari 20, 2026 -Selasa

 
 
 

Selasa 28/10/2014

SIRI JELAJAH (SHOW CASE) ANUGERAH NASYID IKIMFM

Anugerah Nasyid IKIMfm akan mengadakan siri jelajah (show case) pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 2 November 2014

Masa : 9.00 mlm – 11.00 mlm

Tempat : Pentas Utama
Putrajaya International Islamic Arts & Culture Festival (PIIACUF)
Perbadanan Putrajaya, Presint 3

Artis yang akan membuat persembahan ialah Hafiz Hamidun, Saujana, Nowseeheart dan Daqmie.

Anugerah Nasyid IKIMfm akan diadakan pada 10 Januari 2015 (Sabtu), jam 9 malam, di Dewan Plenari, PICC Putrajaya. Antara tujuan Anugerah Nasyid IKIMfm diadakan adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada penggiat industri nasyid di seluruh negara. Sebanyak 30 buah lagu telah disenarai pendek untuk dicalonkan ke peringkat saringan.

Siri Jelajah (Show case) ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan artis dan lagu yang telah terpilih bertanding dan sebagai promosi kepada Anugerah Nasyid IKIMfm kepada orang ramai. Orang ramai yang hadir turut berpeluang memenangi Pas Percuma pada malam kemuncak Anugerah Nasyid IKIMfm pada 10 Januari tersebut.

Sehubungan itu anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan Siri Jelajah tersebut.

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Sapuah bt. Hj. Nawawi
Tel : 012-309 4427/ 03 – 6204 6329/ 331

Nama : Puan Suzanahwati binti Sanil
Penolong Pegawai Perhubungan Korporat IKIM
Tel : 019-2288992/03-6204 6330

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.