|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 28/10/2014
LIPUTAN MEDIA DAN HEBAHAN SEMPENA SYARAHAN PERDANA & MAJLIS PELANCARAN BUKU INSTITUT PERADABAN MELAYU
Institut Peradaban Melayu (IPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menganjurkan Syarahan Perdana: Y.Bhg. Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar, Pengarah Institut Peradaban Melayu dengan tajuk Gagasan dan Cabaran Memartabatkan Peradaban Melayu & Majlis Pelancaran Buku Institut Peradaban Melayu, yang akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dr Rais Yatim, Penasihat Hal Ehwal Sosial & Kebudayaan di Jabatan Perdana Menteri pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 30 Oktober 2014
Masa : 2.30 petang
Tempat : Auditorium Utama, Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak.
Program:
2.30 petang : Pendaftaran Peserta
2.40 petang : Bacaan Doa
2.45 petang : Syarahan Perdana oleh Y.Bhg. Prof Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar
Pengarah Institut Peradaban Melayu “Gagasan Dan Cabaran Memartabatkan Peradaban Melayu”
4.30 petang : Majlis Pelancaran Buku IPM
: Ucapan Aluan oleh YBhg Profesor Dr. Zakaria Kasa
Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris
: Majlis Perasmian Buku Terbitan IPM oleh YB Tan Sri Dr Rais Yatim
Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Jabatan Perdana Menteri
: Pelancaran Buku
: Penyampaian Cenderamata
5.00 petang : Minum Petang/ Bersurai
Objektif utama syarahan ini adalah untuk pembinaan jati diri dan etika pemikiran kehidupan yang melengkapkan nilai sesuatu masyarakat. Orang ramai dijemput hadir.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Ghazali Din
Penyelaras Media
Tel : 019 2792143
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|