|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 30/10/2014
MAJLIS PERASMIAN PIIACuF 2014
Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menganjurkan Festival Kesenian & Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 2014 (PIIACuF 2014) buat kali kedua di Dataran Putrajaya, Presint 3 dari 30 Oktober – 2 November 2014 . Penganjuran kali yang kedua ini bertemakan “Kejaiban Dunia Islam” selaras dengan matlamat bagi menjadikan Putrajaya sebagai pusat kegemilangan kesenian dan kebudayaan Islam alaf baru.
PIIACuF 2014 akan menggabungkan lebih 200 program dan pelbagai aktiviti harian seperti Pameran Keajaiban Dunia Islam, Pameran Al-Aqsa : Forms Of The Doa, Pavillion Antarabangsa, Pertunjukan Fesyen Islam, Persembahan Kebudayaan, Demo Kraftangan dan Kaligrafi, Aktiviti kanak-kanak, Forum Islam Antarabangsa Putrajaya, Forum Seni Bina Islam, Forum Perdana Ehwal Islam, Program Selawat bersama Habib Sheikh @ PIIACuF, dan Konsert Journey of Nur 2.0.
Majlis Perasmian PIIACuF 2014 akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Jumaat 31 Oktober 2014
Waktu : 5.00 petang
Tempat : Dewan Seri Siantan, Aras 2
Kompleks Perbadanan Putrajaya
Presint 3, PUTRAJAYA
PROGRAM
5.00 Petang : Ketibaan Tetamu Jemputan & Para Media
5.30 Petang : Ketibaan YAB. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia
5.35 Petang : Bacaan Doa
5.40 Petang : Ucapan dari YBhg. Tan Sri Presiden PPj
5.50 Petang : Ucapan Perasmian dan Gimik Launch dari YAB. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia
6.05 Petang : Lawatan Tapak PIIACuF 2014
6.30 Petang : Jamuan ringan tetamu VIP
: Majlis Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Perbadanan Putrajaya (PPj)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Perbadanan Putrajaya
Tel: 03-8887 7033
Faks: 03-8887 5013
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|