|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 30/10/2014
UCAPTAMA OLEH YABhg. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD DI FORUM ISLAM ANTARABANGSA PUTRAJAYA
Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menganjurkan Festival Kesenian & Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 2014 (PIIACuF 2014) buat kali kedua di Dataran Putrajaya, Presint 3 dari 30 Oktober – 2 November 2014 . Penganjuran kali yang kedua ini bertemakan “Kejaiban Dunia Islam” selaras dengan matlamat bagi menjadikan Putrajaya sebagai pusat kegemilangan kesenian dan kebudayaan Islam alaf baru.
PIIACuF 2014 akan menggabungkan lebih 200 program dan pelbagai aktiviti harian seperti Pameran Keajaiban Dunia Islam, Pameran Al-Aqsa : Forms Of The Doa, Pavillion Antarabangsa, Pertunjukan Fesyen Islam, Persembahan Kebudayaan, Demo Kraftangan dan Kaligrafi, Aktiviti kanak-kanak, Forum Islam Antarabangsa Putrajaya, Forum Seni Bina Islam, Forum Perdana Ehwal Islam, Program Selawat bersama Habib Sheikh @ PIIACuF, dan Konsert Journey of Nur 2.0.
Rakan-rakan media dijemput untuk membuat liputan Ucaptama oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad di Forum Islam Antarabangsa Putrajaya sempena PIIACuF 2014 pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Jumaat 31 Oktober 2014
Waktu : 9.00 pagi
Tempat : Auditorium Cempaka Sari
Kompleks Perbadanan Putrajaya
Presint 3, Putrajaya
PROGRAM
(Muat turun program di sini)
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Perbadanan Putrajaya (PPj)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Perbadanan Putrajaya
Tel: 03-8887 7033
Faks: 03-8887 5013
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|