Januari 20, 2026 -Selasa

 
 
 

Jumaat 31/10/2014

1ST NATIONAL ALUMNI ESe-ARTS (NATIONAL SEMINAR AND EXHIBITION OF ART IN EDUCATION – PAMERAN DAN SEMINAR KEBANGSAAN PERTAMA SENI DALAM PENDIDIKAN)

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Perhubungan Alumni dengan kerjasama Alumni Pendidikan Seni UPSI akan menganjurkan satu siri pameran tahunan seni visual berkumpulan serta program forum dan bicara seni pada 28 Oktober hingga 20 November 2014 bertempat di Ruang Legar, aras bawah, Bangunan Bitarasiswa, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Perasmian pameran adalah pada 5 November 2014.

Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 28 Oktober - 20 November 2014

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Ruang Legar, Aras Bawah, Bangunan Bitarasiswa UPSI
Kompleks Bitara Siswa, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak
Program:

• 01 Oktober, 2014 : Tarikh akhir penghantaran karya
(Rabu)

• 08 Oktober, 2014 : Sesi fotografi dan penyediaan Katalog/buku Pameran
(Rabu)

• 10-12 Oktober, 2014 : Penyediaan ruang pameran
• 28 Oktober, 2014 : Hari pameran bermula
(Selasa)

• 5 November , 2014 : Perasmian pameran, Forum dan Bicara Seni &
(Rabu ) Pendidikan Seni

• 20 November 2014 : Pameran Berakhir


Program ini akan disertai oleh Seniman Alumni UPSI yang dijemput yang terdiri daripada pensyarah, bekas pelajar UPSI, IPSI, dan MPSI. Program ini bertujuan mengangkat hasil karya seni alumni kerana pameran seni belum pernah diadakan secara khusus dan alumni UPSI mempunyai ramai tenaga yang terlibat dalam seni pendidikan.

Oleh itu, penganjuran “eSe-arts” ini dapat menonjolkan UPSI sebagai pusat kepada pameran seni dalam pendidikan. Penganjuran “eSe-arts” sebagai platform kepada pembentukan persatuan yang memperjuang dan memperkasa seni dalam pendidikan di negara kita.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : En. Ghazali Din
Penyelaras Media
Mobile: 019 279 2143

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.