Januari 20, 2026 -Selasa

 
 
 

Jumaat 31/10/2014

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MENULIS ESEI SENI KRAF MALAYSIA 2014 & PERTANDINGAN LUKISAN SENI UNTUK HIASAN KEDIAMAN

Adalah dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan dua pertandingan iaitu :

o Pertandingan Menulis Esei Seni Kraf Malaysia 2014 (penyertaan dibuka dari 17 Mei – 10 Julai 2014) – Tujuan diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan minat masyarakat terhadap kraf tempatan melalui wadah penulisan disamping memupuk budaya berfikir secara kreatif, inovatif dan kritis dalam menghasilkan karya penulisan terbaik serta mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Sehubungan itu, sukacita Kraftangan Malaysia menjemput pihak media untuk hadir dan membuat liputan ke Majlis Penyampaian Hadiah pertandingan-pertandingan tersebut seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 03 November 2014

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Laman Wau Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay

Tetamu Kehormat : Yang Berbahagia Dato’ Mohd Kamil Mohd Ali
Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia

Pertandingan Lukisan Seni Untuk Hiasan Kediaman (pertandingan diadakan pada 26 Oktober 2014) – Pertandingan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti menarik bersempena Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman yang diadakan mulai 23 Oktober hingga 3 November 2014. Matlamat utama adalah untuk memberi peluang kepada individu yang meminati lukisan untuk berkarya mengenai kraf tempatan

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2162 7533

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.