|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 04/11/2014
KRAFTANGAN MALAYSIA: MAJLIS KONVOKESYEN KE - 13 INSTITUT KRAF NEGARA
Adalah dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Majlis Konvokesyen ke-13 Institut Kraf Negara (IKN).
Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 6 November 2014
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Institut Kraf Negara
No. 1, KM 20 Jalan Ipoh – Rawang
Taman Rekreasi Templer
48000 Rawang
Majlis ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Untuk makluman, Program yang ditawarkan di Institut Kraf Negara adalah di peringkat Diploma dan Sijil Senikraf dalam bidang Seni Kraf Batik, Tenunan, Seramik, Kayu, Logam serta Rotan dan Buluh.
Majlis ini juga turut diserikan lagi dengan Pesta Konvokesyen Ke-13 IKN melalui aktiviti pameran hasil pelajar, demonstrasi pembuatan kraf, interaktif, pendidikan kraf, jualan produk kraf dan persembahan kebudayaan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793
Nama: Cik Fazlin Mohamad Zaki
Mobile: 012-664 1734
Nama : Cik Norehan Ab. Ghani
Mobile: 012-657 8824
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|