Januari 20, 2026 -Selasa

 
 
 

Selasa 04/11/2014

HEBAHAN SEMPENA PERSIDANGAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU KETIGA 2014

Fakulti Bahasa & Komunikasi UPSI akan menganjurkan Persidangan Memartabatkan Bahasa Melayu Ketiga 2014 bertempat di Kampus Sultan Abdul Jalil Syah, UPSI pada 25 hingga 27 November 2014.

Majlis perasmian akan diadakan pada 25 November 2014 jam 9.00 pagi bertempat di Kampus Sultan Abdul Jalil Syah, Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. Persidangan ini bertemakan ’Menebar Jaringan Kebahasaan Bahasa Melayu’.

Hari/Tarikh : Selasa 25 November 2014

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Kampus Sultan Abdul Jalil Syah, Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

Persidangan ini merupakan platform terbaik untuk ahli akademik bahasa Melayu mengembangkan bakat dan menambahbaik kepakaran masing-masing. Pengalaman menyertai persidangan ini mampu melahirkan ahli akademik yang berketrampilan dan peka menghadapi apa jua cabaran pada masa akan datang. Justeru, kami mengalu-alukan kehadiran kalangan guru, pensyarah, serta pelajar IPTA ke persidangan ini bagi sama-sama menyumbang idea, pemikiran dan hasil kajian bagi menyemarakkan bahasa Melayu di peringkat antrabangsa dan juga dunia keilmuan.

Bagi tujuan menyertai persidangan, orang ramai bolehlah menghubungi Dr. Zulkifli Othman di talian 017 8833817 dan En. Muhammad Fawiz Bakri di talian 013 2175646 serta En. Ariff Mohamad di talian 019 3332294 untuk sebarang pertanyaan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi menghebahkan persidangan ini dan membuat liputan majlis tersebut.


SUMBER : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Dr. Zulkifli Othman
Tel : 017 8833817

Nama : En. Muhammad Fawiz Bakri
Tel : 013 2175646

Nama : En. Ariff Mohamad
Tel : 019 3332294


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.